Salam sohabat dan saing semua.
Sudah hampir menjangkau 7 tahun penulisan blog ini terhenti dek kerana perubahan aturan harian samaada dalam kerja dan liburan.
Saya tetapkan jalur masa mengimbau tahun tahun terdahulu menyebabkan penulisan blog terhenti.
Element ke:
2. Perubahan bidang tugas..
Bermula 16.3.2012, telah diterima bertugas di PKG (Pusat Kegiatan Guru). Bidang tugasan berlainan dan luar dari kebiasaan. Masa kerja office hour, 8pagi hingga 5petang berbanding di sekolah yang dari pukul 7.30pagi hingga 2petang. Sedikit teruja kerana bidang disini lebih luas dan banyak benda baru yang boleh diperlajari serta di kongsikan. Dari bidang ict sehinggalah bidang pusat sumber. Dari pengurusan pejabat sehinggalah memberi kursus kepada guru-guru. Secara umumnya, totally berbeza dengan pendekatan di sekolah dan apa jua kerja perlu diselesaikan cepat, dan elakkan kerja bertangguh. Anda akan dapat manarik nafas panjang sekiranya setiap sasaran kerja tahunan yang perlu diselesaikan dapat disempurnakan lebih awal.
Apapun, anggaplah sesuatu yang kita lakukan perubahan itu merupakan satu kaedah bagi kita mencabar keupayaan diri. Banyak impak positive attitude yang boleh diikuti dan pengalaman baru dikutip sepanjang perubahan ini. Soalan cepucemas yang seringkali ditanya, mana yang lebih baik antara bertugas di sekolah atau di pejabat.. Ermm.. Jawapannya berlainan rasanya pada setiap indovidu. Ada yang bertukar kerana sebab tersendiri. Bagi saya, keduanya mempunyai kesukaan dan keterujaan tersendiri. Sebab pendorong saya bagi berubah bidang adalah pada 2011 telah dapat tawaran biasiswa ke program pensiswazahan guru KPM, (terima kasih KPM kerana memberi peluang tersebut) yang mengambil masa 6 tahun secara PJJ.
...... Bersambung pada post blogger seterusnya...
"Set a goal that makes you want to jump out of bed in the morning.. "
No comments:
Post a Comment