Tindakan afirmatif kerajaan untuk membantu Melayu di negara ini tidak akan mencapai matlamatnya jika orang Melayu sendiri tidak mahu mengubah sikap dan sistem nilai mereka bagi membolehkan mereka berjaya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.Perdana Menteri berkata kerajaan telah memperkenalkan banyak dasar dan sokongan untuk orang Melayu menerusi tindakan afirmatif yang diterjemahkan melalui peluang dan bantuan kepada mereka namun mereka tetap Melayu yang sama yang gagal sebelum ini. katanya dalam temu bual dengan organisasi media terpilih, di pejabatnya di sini. Dr Mahathir berkata adalah penting untuk Melayu sendiri menukar nilai hidup yang dipegang dan diamalkan, terutamanya yang tidak sepadan dengan kejayaan.Dr Mahathir berkata nilai yang terbaik ialah nilai-nilai Islam yang menganjurkan banyak perkara baik namun masih ramai tidak mengamalkannya.
Sumber :kiniTv, 29 Dis 2019
Tugas dan amanah kerajaan adalah bagi membangunkan negara, membela nasib rakyat serta mengukuhkan ekonomi yang selama ini dicanangkan berlaku pelbagai ketirisan. Buktikan yang kontrak 5 tahun setelah menang PRU dengan mandat yang cukup besar tidak disia-siakan.
No comments:
Post a Comment