Tuesday, December 25, 2018

Embun dan keikhlasan hati

Embun pagi tak pernah memilih di mana dirinya akan terbentuk. Embun pagi pun tak pernah memilih pada dedaunan mana yang akan berpijak. Embun begitu sederhana, tak berwarna dan dapat berubah bentuk sesuai dengan apa yang dilaluinya. Itulah yang membuat dedaunan begitu menyukainya.
Ada juga petua orang dulu-dulu berkenaan embun. Mandi embun.. Bangun seawal pagi dan menghamburkan langkah senam tua bagi kesihatan dan diakhiri dengan mandi embun. Katanya mandi embun akan dapat menguatkan badan serta memberi kulit tahan lasak serta awek muda. Sejauhmana kebenaran petua ini? Mungkin tidak ramai yang masih mempunyai pengetahuan berkenaan kerana ianya tidak diwarisi oleh generasi kita.
Apapun, embun itu suci dan memberi kesegaran udara pagi disamping menghijaukan tumbuhan.. Tidak perlu menjadi diri orang lain untuk nampak baik dimata orang. Jadilah diri sendiri dan datang kepada Tuhan dengan keikhlasan hati. Tuhan tidak pernah mencari apa yang kita miliki selama di dunia, Ia hanya mencari keikhlasan hati kita.

No comments: