Sunday, December 23, 2018

2018 tahun ke 14 berkhidmat

Masa sentiasa pantas meninggalkan kita. Seolah semalam baru menamatkan kursus di Institut Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa, Lembah Pantai.
Tempoh perkhidmatan yang boleh dikategorikan sebagai pertengahan kerana tempoh bagi pencen sekitar 30tahun perkhidmatan sekiranya panjang umur dan diberi kesihatan yang baik.. Insyaallah..
Sedikit sebanyak kita terkesan dengan persekitaran sistem pendidikan yang mengalami evolusi serta perlu memenuhi kehendak pasaran tenaga kerja yang akan datang. Kemenjadian murid serta kaedah pdpc yang baik sentiasa perlu di penuhi demi kelangsungan kemenjadian murid. Oleh kerana itu, ramai guru senior yang mula mengisi borang bagi permohonan pencen awal. Letih dengan keadaan semasa yang menuntut seribusatu komitmen yang tinggi supaya gaya pdpc mereka terus releven dengan keadaan semasa.
Pembinaan modal insan sebagaimana acuan tahun 80an atau 90an rasanya perlu dikekalkan supaya amalan hormat guru, kepentingan ilmu, kerjasama pibg serta status guru dalam masyarakat sentiasa terjaga.
Dewasa ini, kita boleh lihat nilai pembinaan modal insan disekolah sedikit terhakis samada kerana masalah organisasi atau kekangan bidang tugas yang skopnya lebih luas. Sedikit sebanyak istilah "sekolahku, rumah keduaku" tidak begitu relaven lagi. Dimana konsep "sekolah penyayang" mamat memberi kesan yang positip dalam membina perkembangan sesebuah komuniti sekolah.
14 tahun dalam perkhidmatan merupakan angka yang masih jauh tetapi penuh dengan cabaran kerana teknologi serta kaedah pdpc sentiasa kehadapan dan memerlukan kita sentiasa dahagakan ilmu dalam pedagogi.
Semoga rakan-rakan guruku terus bersemangat serta berkomitmen tinggi dalam mengharungi perkhidmatan kita.

No comments: