Monday, December 24, 2018

Adat dan budaya kian terhakis

"Binalah kemajuan semaju manapun, tetapi jalanlah dibunuh adat dan budaya nenek moyang kita."

Sedikit terkesan dengan ungkapan daripada lawak kumpulan shiro dalam maharaja lawak mega 2018 kali ini.
Sensitiviti kita pada adat dan budaya dewasa ini boleh dikatakan semakin terhakis.. Setuju atau tidak?
Budaya dan warisan bangsa tidak seharusnya dilihat sebagai satu perkara remeh, kecil dan boleh dikesampingkan. Sebalik­nya, ia adalah perkara yang mengisi jiwa anak bangsa. Ini mewujudkan satu ikatan yang merapatkan rasa kebersamaan dan menjadi citra yang menimbulkan rasa cinta dan setia kepada bangsa dan negara.
Keseimbangan dalam mengejar pencapaian pada masa sekarang dan masa hadapan tanpa membiarkan kekayaan khazanah masa lalu terkubur dan dilupakan kerana kita percaya bahawa kedua-dua elemen ini saling melengkapi dan berupaya mendukung antara satu sama lain.
Betapa kita sekarang telah mengalami perubahan dengan menghakis adat dan budaya tanpa kita sedari....

No comments: