Sunday, December 30, 2018

Azam tahun baru??

 1. Azam


Seperti setiap tahun bila nak tiba tahun baru,mestilah kita akan tanam azam dan impian apa yang nak dilaksanakan pada 2019 nanti. So azam kali ni biarlah lebih positif dari tahun lepas. Biarlah kita jadi seorang yang lebih positif dan suksess serta memberi impak yang baik. Ikhlaskan hati dan ingat bahawa, apa yang kita beri Insyaallah akan dapat balasan olehNya nanti sama ada cepat ataupun lambat.


2. Dekorasi ruang kerja


Ubah kedudukan bilik atau tempat kerja. Alihkan kedudukan meja bagi memberi satu iklim baru yang lebih segar atau dekorasi mudah. Tidak semua kita perlu tukar, hanya mengikut kemampuan serta difikirkan dapat memberi keselesaan bekerja. (jangan cakap nak tukar tempat kerja pulak, yang itu kena apply tukar tu.. Hahaha).

3.  Simpanan Kewangan Untuk Masa Hadapan


Untuk tahun 2019 ni.. Kita akan cuba betul-betul untuk buat simpanan untuk masa depan dan untuk kecemasan. Kalau sebelum ni kewangan agak tiris disebabkan beberapa perkara.. so kita perlu nekad mulai sekarang dan tahun 2019 nanti, kita kena saving dan hanya membeli keperluan tertentu sahaja maklumlah kita ni bukanlah orang yang senang.



4. Perancangan tahunan


Rancang aktiviti, target program serta cuti yang diambil mengikut bulanan. Setiap akhir bulan buat revision kembali mana yang perlu atau perlu ditangguhkan. Pastikan apa yang tertangguh pada tahun lalu dimasukkan semula untuk cuba dicapai tahun ini. (kembalikan berat 78kg... Hahaha)

   


5. Planner (Onenotes by Microsoft office)


Cubalah kuasainya, begitu mudah. Apa sahaja boleh dicatatkan secara online. Dari nota bertulis sehinggalah attachments bergambar. Wujudkan account dan gunalah Microsoft Office ni pada semua gadgets.



Insyaallah, jangan terlalu tinggi sangat azam nanti.. Biarlah berjejak dengan kemampuan diri serta akan tercapai. Tidak guna berazam tanpa usaha serta tekad serta fikiran yang positif. Jadikan setiap halangan kepada azam itu merupakan motivasi diri serta pengalaman berharga dalam kita tetus belajar berkenaan kehidupan. 

No comments: