Sunday, December 30, 2018

Azam tahun baru??

 1. Azam


Seperti setiap tahun bila nak tiba tahun baru,mestilah kita akan tanam azam dan impian apa yang nak dilaksanakan pada 2019 nanti. So azam kali ni biarlah lebih positif dari tahun lepas. Biarlah kita jadi seorang yang lebih positif dan suksess serta memberi impak yang baik. Ikhlaskan hati dan ingat bahawa, apa yang kita beri Insyaallah akan dapat balasan olehNya nanti sama ada cepat ataupun lambat.


2. Dekorasi ruang kerja


Ubah kedudukan bilik atau tempat kerja. Alihkan kedudukan meja bagi memberi satu iklim baru yang lebih segar atau dekorasi mudah. Tidak semua kita perlu tukar, hanya mengikut kemampuan serta difikirkan dapat memberi keselesaan bekerja. (jangan cakap nak tukar tempat kerja pulak, yang itu kena apply tukar tu.. Hahaha).

3.  Simpanan Kewangan Untuk Masa Hadapan


Untuk tahun 2019 ni.. Kita akan cuba betul-betul untuk buat simpanan untuk masa depan dan untuk kecemasan. Kalau sebelum ni kewangan agak tiris disebabkan beberapa perkara.. so kita perlu nekad mulai sekarang dan tahun 2019 nanti, kita kena saving dan hanya membeli keperluan tertentu sahaja maklumlah kita ni bukanlah orang yang senang.



4. Perancangan tahunan


Rancang aktiviti, target program serta cuti yang diambil mengikut bulanan. Setiap akhir bulan buat revision kembali mana yang perlu atau perlu ditangguhkan. Pastikan apa yang tertangguh pada tahun lalu dimasukkan semula untuk cuba dicapai tahun ini. (kembalikan berat 78kg... Hahaha)

   


5. Planner (Onenotes by Microsoft office)


Cubalah kuasainya, begitu mudah. Apa sahaja boleh dicatatkan secara online. Dari nota bertulis sehinggalah attachments bergambar. Wujudkan account dan gunalah Microsoft Office ni pada semua gadgets.



Insyaallah, jangan terlalu tinggi sangat azam nanti.. Biarlah berjejak dengan kemampuan diri serta akan tercapai. Tidak guna berazam tanpa usaha serta tekad serta fikiran yang positif. Jadikan setiap halangan kepada azam itu merupakan motivasi diri serta pengalaman berharga dalam kita tetus belajar berkenaan kehidupan. 

Saturday, December 29, 2018

Membantu melayu...

Tindakan afirmatif kerajaan untuk membantu Melayu di negara ini tidak akan mencapai matlamatnya jika orang Melayu sendiri tidak mahu mengubah sikap dan sistem nilai mereka bagi membolehkan mereka berjaya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.Perdana Menteri berkata kerajaan telah memperkenalkan banyak dasar dan sokongan untuk orang Melayu menerusi tindakan afirmatif yang diterjemahkan melalui peluang dan bantuan kepada mereka namun mereka tetap Melayu yang sama yang gagal sebelum ini. katanya dalam temu bual dengan organisasi media terpilih, di pejabatnya di sini. Dr Mahathir berkata adalah penting untuk Melayu sendiri menukar nilai hidup yang dipegang dan diamalkan, terutamanya yang tidak sepadan dengan kejayaan.Dr Mahathir berkata nilai yang terbaik ialah nilai-nilai Islam yang menganjurkan banyak perkara baik namun masih ramai tidak mengamalkannya.
Sumber :kiniTv, 29 Dis 2019

Tugas dan amanah kerajaan adalah bagi membangunkan negara, membela nasib rakyat serta mengukuhkan ekonomi yang selama ini dicanangkan berlaku pelbagai ketirisan. Buktikan yang kontrak 5 tahun setelah menang PRU dengan mandat yang cukup besar tidak disia-siakan.

Friday, December 28, 2018

MANUAL LENGKAP TAPAK ERPH EXPRESS TANPA BERMAIN DGN FORMULA




Antara rujukan video ERPH yang amat berguna bagi 2019.

Tsunami

"A tsunami sometimes incorrectly referred to as a tidal wave, also known as a seismic sea wave, is a series of waves in a water body caused by the displacement of a large volume of water, generally in an ocean or a large lake."

Dua tiga hari ni penuh dengan amaran serta viral berkenaan air laut yang surut di kawasan pantai dungun sehingga boleh berjalan ke tengah laut.
Ianya juga turut disertakan video natizen yang berjalan ditengah pasir area pantai dungun. Adakah ini merupakan satu petanda akan berlakunya tsunami? Isnya terus menjadi bahan viral di sekitar FB serta Whatapp group sehinggakan ada yang mengaitkan kejadian ini serupa dengan yang telah berlaku di negara Indonesia minggu yang lalu.
Tidak salah rasanya penduduk di tepi pantai perairan pantai timur termasuklah sabah serta sarawak mengambil langkah-langkah awal menangani bencana yang sememangnya kita minta agar dijauhkan. Pola gempa bumi yang semakin diluar dari kebiasaan juga amat menggusarkan dimana ada terdapat teori bahawa lingkaran api pasifik telah mula berubah.
(The Ring of Fire is a major area in the basin of the Pacific Ocean where many earthquakes and volcanic eruptions occur. In a large 40,000 km horseshoe shape, it is associated with a nearly continuous series of oceanic trenches, volcanic arcs, and volcanic belts and plate movements. It has 452 volcanoes.)
Langkah awal termasuk taklimat menangani bencana rasanya telah digerakkan oleh agensi kerajaan yang terlibat, cuma sentiasalah beringat bagi yang mendiami kawasan pinggir pantai.
Apapun ini membuatkan kita kembali kepada yang maha Esa, berdoa agar kita semua terpelihara dan dijauhkan dengan segala bencana.

Wednesday, December 26, 2018

Merokok 2019

Merokok ditempat awam terutamanya restaurant memang cukup sinonim kerana kita telah terkebiasa sejak dulu lagi.
Langkah mengharamkan merokok di restaurant bermula 2019 amat tepat kearah menyediakan persekitaran yang bebas asap rokok. Ini dapat menghindarkan bahaya asap rokok kepada bukan perokok. Sepatutnya sensiviti perokok perlulah lebih terhadap persekiratan, terutamanya etika semasa merokok dan ini termasuk juga bagi vape.
Mereka perlu peka sebelum merokok perlu pastikan tiada bayi disekeliling, arah tiupan angin, jarak dengan orang yang berada disekeliling dan elakkan sesekali menghembus asap secara keterlaluan sehinggakan berkabus.
Kerajaan juga perlu kuat kuasakan undang - undung yang lebih mesra perokok dengan menyediakan tempat khas bagi perokok sebagaimana di luarnegara ataupun Airport yang utama di luarnegara. Sebagaimana comtoh dikorea, perokok hanya boleh merokok sekiranya terdapat ruang garisan hijau sahaja di kaki lima dan sekiranya kita merokok di luar garisan tersebut, bersedialah untuk dihalau atau ditegur oleh penduduk tempatan. Disiplin serta nilai etika yang diterapkan disana amat baik dan pembentukkan sahsiah diri mereka amat berjaya.
Sehinggalah etika bagi perokok dapat di implementkan, maka peruturan merokok ditempat awam dirasakan ada kewajarannya.

IPOH: The Health Ministry will ban smoking at restaurants from Jan 1 despite opposition from eatery owners.

Deputy Health Minister Dr Lee Boon Chye said should there be a problem, the ministry was always open to hold a dialogue with any party to solve it.

“We have held a dialogue before with restaurant operators and the sessions have been ongoing in all states,” he told a press conference today after attending a gotong-royong at Kampung Rapat Jaya Tambahan, here.

“We understand their problem, but this effort must go on and I know there are many people out there who support this move.”

It was reported recently that more than 20,000 eatery owners belonging to the Malaysia-Singapore Coffee Shop Proprietors General Association, Malaysian Muslim Restaurant Owners Association and Malaysian Indian Restaurant Owners Association were against the ministry’s move to ban smoking in food premises.

Dr Lee said there would be no U-turn on the ban because smoking not only harmed smokers, but also produced secondhand, which harmed non-smokers.

“We notice that there are a number of younger generation smokers and the trend is increasing,” he said.

“The ministry is looking at this trend seriously. Should we fail to control it now, it will be hard to control the problem in the future.

“Malaysia also inked an agreement with the World Health Organisation Framework Convention on Tobacco Control in 2005, in which we will be a smoke-free country in 2045. So, the move must start now.”

In early September, Dr Lee said anyone caught breaching the smoking ban would face a fine of RM10,000, while eateries that failed to enforce the law would be slapped with a fine of RM2,500.

Resource:NST

Classroom Hero: Cheryl Ann Fernando

Tuesday, December 25, 2018

Embun dan keikhlasan hati

Embun pagi tak pernah memilih di mana dirinya akan terbentuk. Embun pagi pun tak pernah memilih pada dedaunan mana yang akan berpijak. Embun begitu sederhana, tak berwarna dan dapat berubah bentuk sesuai dengan apa yang dilaluinya. Itulah yang membuat dedaunan begitu menyukainya.
Ada juga petua orang dulu-dulu berkenaan embun. Mandi embun.. Bangun seawal pagi dan menghamburkan langkah senam tua bagi kesihatan dan diakhiri dengan mandi embun. Katanya mandi embun akan dapat menguatkan badan serta memberi kulit tahan lasak serta awek muda. Sejauhmana kebenaran petua ini? Mungkin tidak ramai yang masih mempunyai pengetahuan berkenaan kerana ianya tidak diwarisi oleh generasi kita.
Apapun, embun itu suci dan memberi kesegaran udara pagi disamping menghijaukan tumbuhan.. Tidak perlu menjadi diri orang lain untuk nampak baik dimata orang. Jadilah diri sendiri dan datang kepada Tuhan dengan keikhlasan hati. Tuhan tidak pernah mencari apa yang kita miliki selama di dunia, Ia hanya mencari keikhlasan hati kita.

Monday, December 24, 2018

Adat dan budaya kian terhakis

"Binalah kemajuan semaju manapun, tetapi jalanlah dibunuh adat dan budaya nenek moyang kita."

Sedikit terkesan dengan ungkapan daripada lawak kumpulan shiro dalam maharaja lawak mega 2018 kali ini.
Sensitiviti kita pada adat dan budaya dewasa ini boleh dikatakan semakin terhakis.. Setuju atau tidak?
Budaya dan warisan bangsa tidak seharusnya dilihat sebagai satu perkara remeh, kecil dan boleh dikesampingkan. Sebalik­nya, ia adalah perkara yang mengisi jiwa anak bangsa. Ini mewujudkan satu ikatan yang merapatkan rasa kebersamaan dan menjadi citra yang menimbulkan rasa cinta dan setia kepada bangsa dan negara.
Keseimbangan dalam mengejar pencapaian pada masa sekarang dan masa hadapan tanpa membiarkan kekayaan khazanah masa lalu terkubur dan dilupakan kerana kita percaya bahawa kedua-dua elemen ini saling melengkapi dan berupaya mendukung antara satu sama lain.
Betapa kita sekarang telah mengalami perubahan dengan menghakis adat dan budaya tanpa kita sedari....

Kerja amanah atau makan gaji??

Kalau dulu sebelum tandatangan akan ada penyataan, "saya yang menurut perintah". Tapi mulai 2018, ianya telah ditukarkan kepada "saya yang menjalankan amanah".
Impak positif darinya cukup bermakna kerana ungkapan amanah. Amanah bermaksud :

Amanah merupakan satu perkara yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Ia menentukan masa hadapan sesebuah masyarakat. Semua peranan yang dimainkan oleh setiap individu berkisar di sekitar dengan amanah yang telah diletakkan ke atas dirinya. Manusia tidak boleh melepaskan dirinya dari menunaikan amanah yang telah dibebankan kepadanya oleh kehendak-kehendak kehidupan. Salah satu daripadanya ialah urusan-urusan pentadbiran yang merupakan satu urusan yang mesti dipelihara dan dikawal tanpa dicemari oleh unsure-unsur yang merosakkan. Setiap orang adalah bertanggungjawab untuk memperbaiki sebarang kerosakan yang berlaku dalam urusan pentadbiran kerana ia merupakan satu amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Setiap orang mesti menunaikan amanah kepada tuhan, diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Pengertian

Amanah berasal daripada perkataan arab - amanah, yang bermaksud tenteram, aman, selamat dan harmoni. Dalam pengertian nilai dan akhlak, amanah ialah menghargai kepercayaan orang lain terhadap diri seseorang dengan melaksanakan tuntutan yang terdapat dalam kepercayaan itu. Amanah dengan erti kata lain ialah tanggungjawab yang diterima oloh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut, tanpa mengabaikannya. Apabila tanggungjawab itu ditunaikan dan kepercayaan yang diberikan itu dihargai, maka orang yang menerima dan melaksanakannya mendapati dirinya tenteram, aman, selamat dan harmoni.

Begitu besarnya amanah dalam pekerjaan kita seharian.. Moga kita semua menjalankan amanah sebaiknya..

Sunday, December 23, 2018

2018 tahun ke 14 berkhidmat

Masa sentiasa pantas meninggalkan kita. Seolah semalam baru menamatkan kursus di Institut Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa, Lembah Pantai.
Tempoh perkhidmatan yang boleh dikategorikan sebagai pertengahan kerana tempoh bagi pencen sekitar 30tahun perkhidmatan sekiranya panjang umur dan diberi kesihatan yang baik.. Insyaallah..
Sedikit sebanyak kita terkesan dengan persekitaran sistem pendidikan yang mengalami evolusi serta perlu memenuhi kehendak pasaran tenaga kerja yang akan datang. Kemenjadian murid serta kaedah pdpc yang baik sentiasa perlu di penuhi demi kelangsungan kemenjadian murid. Oleh kerana itu, ramai guru senior yang mula mengisi borang bagi permohonan pencen awal. Letih dengan keadaan semasa yang menuntut seribusatu komitmen yang tinggi supaya gaya pdpc mereka terus releven dengan keadaan semasa.
Pembinaan modal insan sebagaimana acuan tahun 80an atau 90an rasanya perlu dikekalkan supaya amalan hormat guru, kepentingan ilmu, kerjasama pibg serta status guru dalam masyarakat sentiasa terjaga.
Dewasa ini, kita boleh lihat nilai pembinaan modal insan disekolah sedikit terhakis samada kerana masalah organisasi atau kekangan bidang tugas yang skopnya lebih luas. Sedikit sebanyak istilah "sekolahku, rumah keduaku" tidak begitu relaven lagi. Dimana konsep "sekolah penyayang" mamat memberi kesan yang positip dalam membina perkembangan sesebuah komuniti sekolah.
14 tahun dalam perkhidmatan merupakan angka yang masih jauh tetapi penuh dengan cabaran kerana teknologi serta kaedah pdpc sentiasa kehadapan dan memerlukan kita sentiasa dahagakan ilmu dalam pedagogi.
Semoga rakan-rakan guruku terus bersemangat serta berkomitmen tinggi dalam mengharungi perkhidmatan kita.

Friday, December 21, 2018

Perubahan bidang tugas 2012

Salam sohabat dan saing semua.
Sudah hampir menjangkau 7 tahun penulisan blog ini terhenti dek kerana perubahan aturan harian samaada dalam kerja dan liburan.
Saya tetapkan jalur masa mengimbau tahun tahun terdahulu menyebabkan penulisan blog terhenti.
Element ke:
2. Perubahan bidang tugas..
Bermula 16.3.2012, telah diterima bertugas di PKG (Pusat Kegiatan Guru). Bidang tugasan berlainan dan luar dari kebiasaan. Masa kerja office hour, 8pagi hingga 5petang berbanding di sekolah yang dari pukul 7.30pagi hingga 2petang. Sedikit teruja kerana bidang disini lebih luas dan banyak benda baru yang boleh diperlajari serta di kongsikan. Dari bidang ict sehinggalah bidang pusat sumber. Dari pengurusan pejabat sehinggalah memberi kursus kepada guru-guru. Secara umumnya, totally berbeza dengan pendekatan di sekolah dan apa jua kerja perlu diselesaikan cepat, dan elakkan kerja bertangguh. Anda akan dapat manarik nafas panjang sekiranya setiap sasaran kerja tahunan yang perlu diselesaikan dapat disempurnakan lebih awal.
Apapun, anggaplah sesuatu yang kita lakukan perubahan itu merupakan satu kaedah bagi kita mencabar keupayaan diri. Banyak impak positive attitude yang boleh diikuti dan pengalaman baru dikutip sepanjang perubahan ini. Soalan cepucemas yang seringkali ditanya, mana yang lebih baik antara bertugas di sekolah atau di pejabat.. Ermm.. Jawapannya berlainan rasanya pada setiap indovidu. Ada yang bertukar kerana sebab tersendiri. Bagi saya, keduanya mempunyai kesukaan dan keterujaan tersendiri. Sebab pendorong saya bagi berubah bidang adalah pada 2011 telah dapat tawaran biasiswa ke program pensiswazahan guru KPM, (terima kasih KPM kerana memberi peluang tersebut) yang mengambil masa 6 tahun  secara PJJ.
...... Bersambung pada post blogger seterusnya...

"Set a goal that makes you want to jump out of bed in the morning.. "

Coretan akhir 2018

Salam sohabat dan saing semua.
Sudah hampir menjangkau 7 tahun penulisan blog ini terhenti dek kerana perubahan aturan harian samaada dalam kerja dan liburan.
Saya tetapkan jalur masa mengimbau tahun tahun terdahulu menyebabkan penulisan blog terhenti.
1. Media sosial
Tidak dinafikan, media sosial seperti Facebook menjadi medium pengganti penulisan blog yang lebih mudah serta mesra pengguna. Teknologi semakin kehadapan dan adakalanya beberapa teknologi yg dulu dirasakan canggih sudah mula tidak lagi begitu relaven dengan aturan semasa. Penulisan diblog hanyalah coretan serta lebih pada catatan bagi rujukan ilmiah ataupun catatan peribada yang ingin kita kongsikan buah fikiran yang difikirkan pada yang gemarkan penulisan blog.
Saya cuba untuk mencari apps yang sesuai bagi mudah dalam penulisan blog, sehinggalah blogger melancarkan apps khas ini. Penulisan blogger ini tidak lagi memerlukan kita dihadapan pc serta jari jemari rancak menaip papankekunci pc.. Sebaliknya, jari rancak menaip pada paparan skrin telefon.
Semenjak iphone dilancarkan, telefon pintar semakin berkembang dari zaman kegemilangan nokia sehingga lah syarikat gergasi besar seperti Huawei dari cina terus memperkukuhkan tekbologi telefon pintar hari ini yang dirasakan amat amat memudahkan pencarian maklumat serta sebahagian keperluan dalam kehidupan seharian.
....... Bersambung pada post blogger seterusnya...

"Set a goal that makes you want to jump out of bed in the morning.. "

Thursday, December 20, 2018

Test

Hai kwangan