Monday, June 15, 2009
Suasana dulu dan sekarang?
Hemm... Tiba-tiba persoalan ini bermaina difikiranku. Adakan sewaktu zaman persekolahan kita dahulu sama dengan zaman persekolahan sekarang?Dilahirkan pada Era 80an, membesar di Era 90an dan berada dialam pekerjaan di tahun Millenium. Itulah zaman aku. Alhamdulillah walaupun membesar dipekan kecil tetapi aku masih bekesempatan merasai kenikmatan berbelanja dengan wang sebanyak 50sen. Semasa bersekolah rendah kita dapat makan dan minum hanya berbekalkan wang 50sen tersebut. Sekarang cuba fikirkan apa yang dapat dibuat dengan wang sebanyak itu? Suasana pekan kecil Kuala Berang dengan bangunan rumah kedai dari kayu serta pasar besar yang berada dipinggir Sungai Terengganu juga masih aku ingati. SK Kuala Berang dan SM Tengku Ampuan Intan juga sempat aku duduki dibangunan kayu yang kini telah bertukar wajah. Sesekali menjengah ketempat ini aku merasa bangga, dapat juga aku berbakti di kampung halaman sendiri... Waktu dulu kita cukup segan serta takut dengan para guru. Hanya terdapat dua atau tiga orang sahaja yang kita boleh bercakap serta berbual. Tetapi sekarang cukup berbeza, guru telah menjadi amat rapat dengan para pelajar. Pernahkan murid anda menceritakan masalah keluarga serta susah senag kehidupan mereka kepada anda? Bagiku aku pernah. Mungkin peredaran zaman memerlukan kita serta murid lebih berkomunikasi. tiada lagi perhubungan satu hala seperti zaman persekolahan kita. Murid sekarang lebih aktif serta cerdas pemikiran mereka. Terima kasih kepada kerajaan kerana telah berjaya meningkatkan daya pemikiran golongan muda sekarang. Rasanya Falsafah pendidikan negara yang didukung selama ini tidak ramai yang cuba-cuba manghalusinya secara mendalam....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment