Saturday, June 27, 2009
E-Book pelajar tahun 5?
Emm.. Para pelajar tahun lima akhirnya gembira bila mendapat tahu mereka dibekalkan dengan e-book.. Pada mulanya mereka mendapat info yang sekolah ini tidak terpilih sebagai penerima tetapi hari ini mereka nampak ceria untuk upacara pembahagian e-book. Maklum sahajalah, pelajar luar bandar memang tidak terdedah dengan teknologi seumpama itu. Nasib baik jugalah adanya makmal komputer yang dapat mendekatkan mereka dengan ict. Ditambah dengan e-book ini adalah diharapkan mereka akan lebih berminat untuk belajar disamping dapat mengurangkan berat beg sekolah yang digalas setiap hari. Walaupun perisian yang dikatakan perisian buku teks hanyalah berbentuk gambar yang diimbas, ini sekurang-kurangnya dapat mengubah cara pembelajaran dan banyak pihak akan membuka mata dengan medium baru ini. Cuma yang menjadi kebimbangan adalah tahap ketahanan serta penjagaan e-book itu sendiri. Diharapkan beberapa kelemahan yang ada ini akan diperbaiki dari semasa ke semasa..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment