Tahun pertama merupakan tahun penyesuaian... Tahun kedua tahun berkenalan dengan Kota Kuala Lumpur.... Tahun akhir? Sudah pasti tahun yang ditunggu untuk pulang menabur bakti dikampung halaman... disamping berpisah dengan sahabat yang sama-sama berkongsi susah senang kita bila berada diperantauan. Secebis memori kembali dalam ingatan bila melihat gambar -gambar yang aku ambil semasa ke Kuala Lumpur bulan lepas.... Kenangan bersama teman, rakan serta sahabat yang sentiasa menemani aku bila keluar disekitar kota raya.
Antara tempat kegemaran adalah Pasar Seni... Kedai buku yang meminjamkan kita buku untuk dibaca dengan kadar yang amat berpatutan... Tak tau pula masih ada atau tidak kedai tersebut... Hemm selain pada itu, KLCC... Almaklumlah, 'Roti Boy' hanya ada dijual di KLCC dan merupakan tempat yang paling digemari untuk bersiar-siar. Makanan selera pantai timur pula biasanya kami pergi ke Pantai Dalam... Almaklumla, nak juga merasa sekali-sekala ikan panggang dengan budu campur dengan tempoyak...Cukup banyak pengalaman semasa di Kuala Lumpur untuk diungkapkan dan diceritakan. Mungkin di tajuk penulisan blog aku yang akan mendatang... Teringat pula sebuah lagu tentang Kuala Lumpur, entah ada atau tidak rakan yang masih mengingati lagu ini.....
Malek Ridzuan - Kuala Lumpur Oh Kuala Lumpur
Aku datang dari desa,
hanya sebatang kara...
Meninggalkan kampung tercinta dan sanak saudara...
Setiba di kota raya ku giat berkerja
berlumba lumbar mengejarkan apa yang dicita.
meskipun badai yang melanda
aku terus melangkah mengharungi hidup kota
dengan sepotong doa agar kehidupanku lebih maju
bermakna cuba membela nasib agama,
bangsa negara
Kuala Lumpur..Kuala Lumpur..
Menyinari hidupku..
Kota yang penuh..
dengan cabaran
Kuala Lumpur..Kuala Lumpur..
Menyinari hidupku..
Kota yang penuh..
dengan harapan...
Si miskin dan si kaya semua tiada dibeza
di kotaraya yang mempunyai berbilang bangsa
Bila larut senja menjelma sungguh indahnya
bertapa aku terharu dan sungguh berbangga
Kuala Lumpur..Kuala Lumpur..
Menyinari hidupku..
Kota yang penuh..
dengan cabaran
Kuala Lumpur..Kuala Lumpur..
Menyinari hidupku..
Kota yang penuh..
dengan harapan...
No comments:
Post a Comment