Adakalanya kita terpaksa memilih dua jalan yang berbeza. Satu jalan kita hanya menjadi lalang yang hanya mengikut ke arah mana apabila angin bertiup. Aku bukan jenis lalang, aku sudah membina pemikiran aku sendiri dan mempunyai pandanganyang berbeda dengan orang lain.
Sesungguhnya aku akan surakan sahaja apa sahaja persoalan yang tebuku melalui perhatian kepada sesuatu. Bagaimana bagi kita manghormati keegoaan serang yang berusia serta jenis yang kepala batu. sudahlah terkenal dengan kepala batu, ditambah pula dengan perasaan cepat melenting.
Akhirnya gunung berapi meletus lagi!!! Apa yang menjadi persoalan disini adalah aku perlu berdiam diri sekiranya mempunyai kepincangan yang sememangnya terserlah...
Harap-harap sesuatu yang positif berlaku, sebaliknya letupan yang maha dahsyat berlaku mengejutkan seluruh warga guru dibilik mesyuarat sekolahku. Rasanya aku hanya mengemukakan pandangan tetapi mungkin ianya menjatuhkan kreadibiliti seorang yang lebih berpengalaman setelah mengajar selama 27 tahun?
Sesungguhnya aku bersedia memaafkan dan minta maaf sekiranya berlaku yang tidak baik disebalik pandanganku. Sekiranya anda seorang yang berusia, ingatlah bahawa adakalanya kita terpaksa belajar dengan yang lebih muda....
No comments:
Post a Comment