Rasa risau juga dihati mengenangkan peperiksaan RAE yang semakin hampir... Mungkin rakan tertanya-tanya, RAE tu apa lah pula... RAE merupakan peperiksaan bagi seseorang yang ingin mendapatkan kebenaran berterbangan denagn radio amatur. Salah satu cabag minat yang aku kenali bagi menambah kenalan. Alhamdulillah, apabila kita berkongsi minat yang sama sudahpasti kita akan mudah merasa mesra dengan rakan-rakan radio amatur.
Walaupun hanya meluangkan masa antara 20-30 minit setiap hari bagi mengulangkaji beberapa soalan contoh RAE, harapanku cuma satu... Moga-moga luluslah ujian RAE kali pertama ini.
24/6/2009 ini maka akan berkumpullah geng-geng radio amatur dari Kelantan, Terengganu dan juga Pahang di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man bagi mengambil ujian RAE kali ini. Ada yang akan mengiringi rakan-rakan dan ada juga yang sekadar ingin berjumpa dengan rakan-rakan dari negeri lain.
Diwaktu inilah juga akan dapat kita lihat pelbagai jenis antenna di kenderaan masing-masing. Ada yang tinggi mencucuk langit dan ada pula yang hanya sebesar jari kelingking.
Sesungguhnya cabang hobi radio amatur ini amat bermanafaat sekiranya anda seorang yang tulus hati dalam mencari rakan untuk berkongsi minat yang sama.....
No comments:
Post a Comment