Sunday, June 7, 2009

Pertukaran yang tidak diluluskan...

Isey.. Hajatnya ingat dapat merasai persekolah di sekolah baru bila bermulanya penggal persekolahan pada minggu depan. Malangnya surat hari ini memaklumkan pertukaran tidak diluluskan... Persoalanya, pertukaran tidak diluluskan kerana keperluan perkhidmatan. Mengapa? Salah satu sebabnya adalah tiada guru yang sanggup berkhidmat di sekolah inikah? Mungkin kerana terdapat ramai guru-guru senior yang dapat ejas mengejaskan pertukaran? Sebab pertama diatas adalah lebih kukuh.. Tiada yang sanggup berkhidmat disekolah ini. Walaupun bersebelahan jalan utama, sebelum aku bertukar kesekolah ini, kekosongan guru BI tidak diisi hampir setahun... Apakan daya, kita hanya guru baru yang setahun jagung, jadi hanya menurut perintah. Besarlah harapan agar Gunung Berapi tidak melepup lagi untuk penggal persekolahan yang akan bermula minggu hadapan...


SEMANGAT PERJUANGAN HARMONI - XPDC

Sememangnya aku rindukan
Kedamaian ini kekal
Menempuh hari-hari lalu
Dengan satu belaian
Kasih sayang dijunjung di kepala
Mengatasi segala yang dijuang
Sebenarnya hidup disini
Arahnya berlainan
Menunggu giliran tiba
Entah bilakah masanya
Selagi nafas terlekat di rongga
Selagi langkah terus diperjalanan
Manusia punya hakikat
Punya akal dan fikiran
Melebihi kejadian ciptaan Yang Maha Esa
Kejujuran pada diri sendiri
Untuk apa dipersembahkan kepada
Mereka yang tak punya perasaan
Kita ada nilai tersendiri
Biarkan mereka yang tersasul
Berkata ego menepuk dada
Semangat disimpan selagi ada
Kesempatan hidup bersama
Apalah ada pada keindahan
Jika jiwa kita meronta-ronta
Mereka yang tak punya perasaan
Kita ada nilai tersendiri
Biarkan mereka yang tersasul
Berkata ego menepuk dada
Biarkan mereka yang tersasul
Berkata ego menepuk dada
Semangat disimpan selagi ada
Kesempatan hidup bersama
Apalah ada pada keindahan
Jika jiwa kita meronta-meronta
Apalah ada pada keindahan
Jika jiwa kita meronta-meronta

No comments: