Tuesday, June 30, 2009

GB baru... n durian....

Alhamdulillah... maka khabar angin yang selama ini bertiup akhirnya menjadi kenyataan hari ini.. Sekolah aku menerima seorang GB yang baru. Hari pertama dari pembawaan diri beliau disekolah ini dapat dilihat yang beliau merupakan seorang yang suka berkawan dan berjiwa sukan. Padanlah pertukarannya mendapat tentangan dari PIBG serta JKKK kampung disekolah lamanya. Bagi kita mendapat GB seperti ini amat payah sekali dan semakin berkurang. Diharapkan pertukaranya ke sekolah ini dapat memberi nafas baru dalam memurnikan suasana sekolahku ini yang semakin hari, semakin kusam.

Minggu ini juga merupakan minggu cikgu-cikgu mendapat durian runtuh. Durian runtuh yang dimaksudkan adalah pemberian buah durian oleh para pelajar. Seronok rasanya dapat mengajar di kampung. Dulu kita hanya mendengan para cikgu lama yang menceritakan pengalaman mereka mendapat buah-buahan dari para pelajar, kini perkara ini telah berbalik kepada diri kita semua.. Kepada rakan yang bertugas dikampung dan mendapat durian diucapkan selamat menjamu selera....

Saturday, June 27, 2009

E-Book pelajar tahun 5?

Emm.. Para pelajar tahun lima akhirnya gembira bila mendapat tahu mereka dibekalkan dengan e-book.. Pada mulanya mereka mendapat info yang sekolah ini tidak terpilih sebagai penerima tetapi hari ini mereka nampak ceria untuk upacara pembahagian e-book. Maklum sahajalah, pelajar luar bandar memang tidak terdedah dengan teknologi seumpama itu. Nasib baik jugalah adanya makmal komputer yang dapat mendekatkan mereka dengan ict. Ditambah dengan e-book ini adalah diharapkan mereka akan lebih berminat untuk belajar disamping dapat mengurangkan berat beg sekolah yang digalas setiap hari. Walaupun perisian yang dikatakan perisian buku teks hanyalah berbentuk gambar yang diimbas, ini sekurang-kurangnya dapat mengubah cara pembelajaran dan banyak pihak akan membuka mata dengan medium baru ini. Cuma yang menjadi kebimbangan adalah tahap ketahanan serta penjagaan e-book itu sendiri. Diharapkan beberapa kelemahan yang ada ini akan diperbaiki dari semasa ke semasa..

Antara minat dan hobi...

Adakah ada perbezaan antara minat serta hobi?
Saya minat mambaca buku... Hobi saya memancing...
Mengikut persepsi saya, keduanya adalah berbeza. Hobi hanya kita lakukan bila kita berkelapangan.. Minat pula adalah perkara yang kita sanggup lakukan apa sahaja biarpun perkara itu diluar jangkauan kita. Itulah perbezaan bagiku antara minat serta hobi. Perkara ini terlintas bila ada rakan merasakan aku telah berubah minat kepada aktiviti lain daripada yang kebiasaannya aku lakukan. Mengapa perlu persoalkan? Minat Insyaallah tidak akan berubah, tetapi mungkin selepas ini akan diperlahankan secara berperingkat. Hobi pula kan tetap jadi hobi bagi mengisi masa lapang...




Kertas - Kekasih Yang Tak Di Anggap

aku mentari tapi tak menghangatkanmu

aku pelangi tak memberi warna di hidupmu
aku sang bulan tak menerangi malammu
aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan
selalu itu yg kau ucapkan padaku

reff:
sebagai kekasih yg tak dianggap

aku hanya bisa mencoba mengalah
menahan setiap amarah
aku sang bulan tak menerangi malammu

aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan

repeat reff

sebagai kekasih yg tak dianggap

aku hanya bisa mencoba bersabar
ku yakin kau kan berubah

Pengembaraan hidup..

Kehidupan penuh dengan pengajaran serta iktibar. Kehidupan juga merupakan medium bagi kita menimba pengalaman hidup. Apa yang kita belajar dalam seharian dalam kehidupan kita? Adakah perkara yang ditempuh adalah sama dan berulang setiap masa? Banyak sebenarnya yang kita boleh lihat, samaada potensi diri ataupun potensi orang disekeliling kita. Adaseorang rakanku, hobinya adalah memerhatikan telatah serta perlakuan orang disekelilingnya sebagai salah satu unsur pembelajaran. Betul, dalam kehidupan kita seharian sudah pasti akan terdapat sesuatu yang baru bagi kita belajar... Memang padanlah kita sentiasa berharap semoga hari esok lebih baik dari hari ini dan semoga apa yang kita tempuh pada hari ini dapat menjadi iktibar dan pedoman kepada kita semua....

p/s:Pada rakanku yang menghantar sms hari lahir, terima kasih diucapkan dansemoga persahabatang yang terjalin akan terus kekal erat selamanya.. Sesungguhnya pengalaman hidup ini memang dapat mematangkan kita..

" Waktu lahir kamu menangis dan orang disekeliling kamu tersenyum...
Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu
tersenyum dan orang disekeliling kamu menangis...."

Saturday, June 20, 2009

Gunug Berapi meletus lagi!!!!

Adakalanya kita terpaksa memilih dua jalan yang berbeza. Satu jalan kita hanya menjadi lalang yang hanya mengikut ke arah mana apabila angin bertiup. Aku bukan jenis lalang, aku sudah membina pemikiran aku sendiri dan mempunyai pandanganyang berbeda dengan orang lain.
Sesungguhnya aku akan surakan sahaja apa sahaja persoalan yang tebuku melalui perhatian kepada sesuatu. Bagaimana bagi kita manghormati keegoaan serang yang berusia serta jenis yang kepala batu. sudahlah terkenal dengan kepala batu, ditambah pula dengan perasaan cepat melenting.
Akhirnya gunung berapi meletus lagi!!! Apa yang menjadi persoalan disini adalah aku perlu berdiam diri sekiranya mempunyai kepincangan yang sememangnya terserlah...
Harap-harap sesuatu yang positif berlaku, sebaliknya letupan yang maha dahsyat berlaku mengejutkan seluruh warga guru dibilik mesyuarat sekolahku. Rasanya aku hanya mengemukakan pandangan tetapi mungkin ianya menjatuhkan kreadibiliti seorang yang lebih berpengalaman setelah mengajar selama 27 tahun?
Sesungguhnya aku bersedia memaafkan dan minta maaf sekiranya berlaku yang tidak baik disebalik pandanganku. Sekiranya anda seorang yang berusia, ingatlah bahawa adakalanya kita terpaksa belajar dengan yang lebih muda....

Friday, June 19, 2009

Kedatangan Bulan Rejab

Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh berkat ini……….
BULAN REJAB

Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab.. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let’s overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu.
Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia

mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt



2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa



3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt



4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat



5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah



6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga



7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."



Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."



Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."



Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"



Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan so lat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan so lat malam satu tahun."

Wednesday, June 17, 2009

Keretaku dalam kenangan....


Hemm.. Sebenarnya amat sayang bagi melepaskan sesuatu yang kita sayangi serta sudah lama bersama dengannya. Mengharungi pelbagai susah senag bersama serta berkongsi separuh dari kehidupan sebagai seorang guru dengannya.
Kereta pertamaku bila aku mula ditempatkan di Terengganu, kampung halamanku.. Hehhe.. untung betul kerana dapat mengajar dikampung halaman sendiri.
Dia sudi menemani pergi dan balik sekolah, pergi bersiar-siar bersama rakanku, pergi memancing, membawa para pelajarku ke tempat sukan atau olahraga serta perkhemahan, mengunjungi sanak saudari,pergi berkursus dan sebagainya.. Huh.. cukup besar pengorbanannya... Disamping pernah terlibat dalam satu kemalangan.. Apapun kereta pertamaku miliki sewaktu mula menjadi pendidik merupan suatu anugerah yang tidak ternilai dalam lipatan kenangan sebagai seorang pendidik...

Peperiksaan RAE semakin hampir...

Rasa risau juga dihati mengenangkan peperiksaan RAE yang semakin hampir... Mungkin rakan tertanya-tanya, RAE tu apa lah pula... RAE merupakan peperiksaan bagi seseorang yang ingin mendapatkan kebenaran berterbangan denagn radio amatur. Salah satu cabag minat yang aku kenali bagi menambah kenalan. Alhamdulillah, apabila kita berkongsi minat yang sama sudahpasti kita akan mudah merasa mesra dengan rakan-rakan radio amatur.

Walaupun hanya meluangkan masa antara 20-30 minit setiap hari bagi mengulangkaji beberapa soalan contoh RAE, harapanku cuma satu... Moga-moga luluslah ujian RAE kali pertama ini.

24/6/2009 ini maka akan berkumpullah geng-geng radio amatur dari Kelantan, Terengganu dan juga Pahang di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man bagi mengambil ujian RAE kali ini. Ada yang akan mengiringi rakan-rakan dan ada juga yang sekadar ingin berjumpa dengan rakan-rakan dari negeri lain.

Diwaktu inilah juga akan dapat kita lihat pelbagai jenis antenna di kenderaan masing-masing. Ada yang tinggi mencucuk langit dan ada pula yang hanya sebesar jari kelingking.

Sesungguhnya cabang hobi radio amatur ini amat bermanafaat sekiranya anda seorang yang tulus hati dalam mencari rakan untuk berkongsi minat yang sama.....

Monday, June 15, 2009

Lawak "cinta" dari rakanku....

Petikan dari blog rakanku yang dilinkkan....


"Penulis pernah menyatakan "hanya orang bodoh yang mahukan aku". Siapalah agaknya wanita malang tersebut. Rakan penulis mungkin orang yang paling gembira mendengar berita ini kerana beliau orang paling bersemangat untuk berkahwin secepat mungkin dengan "Cinta".Penulis mendoakan agar rakan penulis cepat cepat mendapatkan temannya kerana penulis ingin bermain dan bergurau senda dengan anak beliau nanti. Amin..."


Siapalah "cinta" yang dimaksudkan tu yer...Adakah rupanya seperti seorang artis?Adakah seorang guru? Adakah seorang kerani? Adakah seorang..... Huh cukup banyak lagi persoalan Adakah yang difikirkan... Memang bertuah betul kalau dapat mengenali dan berada bersebelahan dengan "cinta" semasa membaca blog rakanku yang seorang ini, pasti aku dan "cinta" akan ketawa berpanjangan.


Apa lah yang ditunggu oleh rakanku yang seorang ini, rasanya dia hanya tidak mengetahui bahawa ada insan yang hanya berdekatannya sahaja yang menunggu masa berjumpa dan dijumpai...

Gurauan yang berpanjangan dengan rakanku yang seorang ini akhirnya mencetuskan ilham dalam penulisan blognya.


Nasihatku pada sahabatku yang seorang ini.....

Memang betul, kita hanya perlu mencari mana yang betul-betul terasa dekat dan mesra dengan diri kita. Yang penting sekali dapat membahagiakan serta dapat mengharungi ranjau kehidupan bersama tidak kira samaada suka ataupun duka. Hehehe.. Nak tulis banyak-banyak pun rasa takut kerana aku pun masih dalam pencarian "cinta"...


Adakah "cinta" telah aku jumpai sekarang ini? Hehhehe... Jauh tetapi terasa dekat, tidak mahu memaksa.. tetapi sekiranya betul "cinta" telah ditakdirkan denganku akan aku segera infokan kepada rakanku yang seorang ini.....Bagaimana "cinta"? Kalau sedang membaca penulisan ini infokan supaya dapat aku beritahu kepada sahabatku yang seorang ini.... d:)


Adakah ini "cinta"? Hihihihhih.... :)



DAN-SHEILA ON 7


Dan

Bila esok datang kembali

Seperti sedia kala

Di mana kau bisa bercanda

Dan

Perlahan kau pun

Lupakan aku mimpi buruk mu

Dimana telah ku tancapkan duri tajam

Kau pun menangis menangis sedih

Maafkan aku

Dan

Bukan maksud ku

Bukan ingin ku melukaimu

Sedarkah kau di siniku pun terluka

Melupakanmu menepikanmu

Maafkan aku

Lupakanlah saja diriku

Bila itu bisa membuatmu

Kembali bersinar

Dan berpijar seperti dulu kala

Caci-maki saja diriku

Bila itu bisa membuatmu

Kembali bersinar

Dan berpijar seperti dulukala

Suasana dulu dan sekarang?

Hemm... Tiba-tiba persoalan ini bermaina difikiranku. Adakan sewaktu zaman persekolahan kita dahulu sama dengan zaman persekolahan sekarang?Dilahirkan pada Era 80an, membesar di Era 90an dan berada dialam pekerjaan di tahun Millenium. Itulah zaman aku. Alhamdulillah walaupun membesar dipekan kecil tetapi aku masih bekesempatan merasai kenikmatan berbelanja dengan wang sebanyak 50sen. Semasa bersekolah rendah kita dapat makan dan minum hanya berbekalkan wang 50sen tersebut. Sekarang cuba fikirkan apa yang dapat dibuat dengan wang sebanyak itu? Suasana pekan kecil Kuala Berang dengan bangunan rumah kedai dari kayu serta pasar besar yang berada dipinggir Sungai Terengganu juga masih aku ingati. SK Kuala Berang dan SM Tengku Ampuan Intan juga sempat aku duduki dibangunan kayu yang kini telah bertukar wajah. Sesekali menjengah ketempat ini aku merasa bangga, dapat juga aku berbakti di kampung halaman sendiri... Waktu dulu kita cukup segan serta takut dengan para guru. Hanya terdapat dua atau tiga orang sahaja yang kita boleh bercakap serta berbual. Tetapi sekarang cukup berbeza, guru telah menjadi amat rapat dengan para pelajar. Pernahkan murid anda menceritakan masalah keluarga serta susah senag kehidupan mereka kepada anda? Bagiku aku pernah. Mungkin peredaran zaman memerlukan kita serta murid lebih berkomunikasi. tiada lagi perhubungan satu hala seperti zaman persekolahan kita. Murid sekarang lebih aktif serta cerdas pemikiran mereka. Terima kasih kepada kerajaan kerana telah berjaya meningkatkan daya pemikiran golongan muda sekarang. Rasanya Falsafah pendidikan negara yang didukung selama ini tidak ramai yang cuba-cuba manghalusinya secara mendalam....

Sakit itu penghapus dosa...

Semalam aku dikejutkan dengan berita sahabatku dimasukkan ke wad. Punca penyakitnya adalah pendarahan dalaman. Tetapi aku sedikit terkilan, rakan ku tidak mahu ke wad sebaliknya mencari pengubatan arternatif. Mungkin itu lebih selesa buatnya. Setiap oarang berfikir dan membuat keputusan secara rasional berkaitan diri mereka, oleh yang demikian kita perlu menghormati keputusan yang telah dia ambil... Jauh disudut hatiku, aku berharap dia akan segera mendapatkan rawatan dihospital secepat mungkin...
Petang ini juga aku mendapat sms dari rakan jauhku yang seperti artis. Dia mendapat MC selama dua hari.. Hai, best la dia ni seorang, cuti lebih dari rakan-rakan lain.. Harapnya demam cepat sembuh yer dan makan ubat ikut jadual... Mungkin kerana cuti dua minggu yang lama dan banyak makan gulai di majlis perkahwinan menunjukkan kesannya.. Apapun dapatkan rehat yang cukup.
Sakit itu penghapus dosa.
ALLAH Maha Besar, ALLAH Maha Berkuasa. Selayaknya Asmaul-Husna itu untuk DIA. Betapa kerdilnya diri kita yang baru sahaja dikuis sedikit dengan rasa sakit, sudah merungut dan mengeluh menyalahkan rasa itu yang menyukarkan kehidupan kita. Sepatutnya kita menghadapi rasa sakit itu dengan penuh kesabaran, kerana semua itu ujian daripadaNYA untuk hamba-hambaNYA yang beriman. Ujian ALLAH tak akan berhenti, ia akan berterusan hingga kita kembali kepadaNYA. Semakin beriman seorang hamba itu kepada ALLAH, semakin kuat ujian yang akan dihadapi. Betapa sayangnya ALLAH kepada kita. ALLAH menguji kita dengan berbagai-bagai ujian untuk melihat sejauh mana kita sabar dan setia kepadaNYA. Sejauh mana kita ikhlas menjadikan DIA KEKASIH SEJATI kita… Bagi yang kurang sihat buat masa ni, renung-renungkan diri anda kembali.

Selamat kembali ke Sekolah

Selamat kembali ke sekolah kepada semua pendidik yang masuk hari ke dua hari ini menyambung tugas setelah dua minggu bercuti. Diharapkan penggal ini akan membuatkan kita menjadi pendidik yang lebih berdedikasi lagi. Rasanya terlalu lama bercuti selama dua minggu. Pagi ahad semalam aku tidak sabar untuk ke sekolah. Jam 6.45 pagi telah mula bermobile ke sekolahku yang amat dirindui. Merindui suasana kebisingan sekolah, gelak-tawa pelajar dan sebagainya... Alhamdulillah, biarpun masih bertugas disekolah yang sama, diharapkan penggal ini berjalan lancar dan aku akan tetap menjalankan tugas dengan dedikasi.. Memasuki penggal kedua banyak perkara yang perlu dikejar dan dilakukan. Maklumlah peperiksaan UPSR akan mendatang tidak lama lagi.. Bulan Ramadhan juga semakin hampir, disamping beberapa kerja sukarela yang mesti diperjuangkan..
Kepada semua teman pendidik sekalian, gunakanlah semangat baru setelah bercuti selama dua minggu sudah dengan niat dan tekad memajukan anak bangsa kita sekalian.....

Tuesday, June 9, 2009

Satu lagi projek Barisan kita...?




Entahlah, apa yang tidak kena dengan projek yang berharga jutaan ini. Apa yang dibanggakan oleh rakyat Terengganu akhirnya menyembah bumi. Pagi kejadian nasib aku agak baik kerana melalui kawasan stadium untuk berjumpa rakan di PSM berdekatan Stadium. Antara orang yang pertama berada ditempat kejadin tetapi malang sekali kamera yang sering dibawa ditinggalkan pula kerana tugasan yang memerlukan kereta ditinggalkan(takut berlaku kejadian pecah cermin kereta lor...). So ahri Jumaat selepas bersalaman denagn Rakan konvoy radio amatur ASTRA Pantai Timur yang dalam perjalanan ke Selatan, aku pergi melijat gajah putih yang tersungkur ini.... Diharapkan pihak berwajib dapat memberi maklumat yang tepat berkaitan sebab musabab Gajah yang tersungkur ini.....

Monday, June 8, 2009

Wishes By Le Couple

Sebelum berpisah dengan rakan-rakan IPBA KDPM2001-2003, saya dan beberapa orang rakan berkesempatan menerbitkan cd kenangan. Dalam cd tersebut ada memuatkan sebuah lagu menyimpan seribu satu kengan di zaman maktab dahulu. Malangnya,tajuk lagu tersebut tidak diketahui dan hanya beberapa bait lagu sahaja yang ada....Ditanya kepada rakan-rakan semuanya menyerah kalah... Alhamdulillah, hari ini setelah bertungkus-lumus mencari akhirnya saya berjaya mencari tajuk lagu tersebut. Harap rakan-rakan enjoy mendengarnya...

Link lagu: http://www.video4viet.com/music.html?act=play&id=321f13ad77a3a1ab253b6397e2899f65

Wishes By Le Couple
I looked in the sky
and there I saw a star shining so bright above
I closed my eyes and wished upon the star
that I would fine true love
Someone who needed me
Someone to share my life
For a love that would be true
I would wait forever
So...no...matter how long it may be
I will be waiting
One star-brighter than the others
Two Hearts-beating for each other
I believe wishes really come true
Love at first sight
I knew it from the moment when you said hello
I hoped you felt it too,
but we both so shy-how was I to know
when you reached for my hand
I knew you were the one
We laughed and talked for hours like I'd known you forever
Like...a...dream or something from a book
True love had found me
One star-brighter than the others
Two Hearts-beating for each other
Noe I see wishes really come true
You just have to dream
Nothing's as bad as it seemsto be...believe me
Someone's waiting for you to try
There in the sky
One star-brighter than the others
Two Hearts-beating for each other
You will see wishes really come true
You can't stop believing-wishes do come true
You gotta believe me (wish on a star)
wishes do come true...

Kejadian dan peringatan

Malam ini membawa pemikiranku kepada soal keinsafan.
Pernahkah anda memandu dan tiba-tiba kereta yang datang bertentangan melanggar seekor kucing? Anda melihat kucing itu menggelupur kesakitan ditengah-tengah jalan dan datang sebuah lagi kereta lantas menggilis kucing itu..Melihat..... cuma itu sahaja yang dapat aku lakukan.. Mungkin ini merupakan sebuah peringatan bagiku dan juga rakan-rakan semua, kita ini hanya insan kerdil dimuka bumi... Sebuah peringatan bahawa kematian itu berlaku dimana-mana dan pada bila masa sahaja. Adakah amal kita sudah mencukupi? Berjanjilah pada diri sendiri, semoga amal kita hari esok lebih baik dari hari ini...

ANDAI KU TAHU - UNGU
andai ku
tahu
kapan tiba ajalku
ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku
andai ku tahu
kapan tiba masakuku
akan memohon
Tuhan jangan
Kau ambil nyawaku
chorus:
aku takut
akan semua dosa-dosaku
aku takut
dosa yang terus membayangiku
andai ku tahu
malaikatMu kan menjemputku
izinkan aku
mengucap kata
taubat padaMu..

Sunday, June 7, 2009

Pertukaran yang tidak diluluskan...

Isey.. Hajatnya ingat dapat merasai persekolah di sekolah baru bila bermulanya penggal persekolahan pada minggu depan. Malangnya surat hari ini memaklumkan pertukaran tidak diluluskan... Persoalanya, pertukaran tidak diluluskan kerana keperluan perkhidmatan. Mengapa? Salah satu sebabnya adalah tiada guru yang sanggup berkhidmat di sekolah inikah? Mungkin kerana terdapat ramai guru-guru senior yang dapat ejas mengejaskan pertukaran? Sebab pertama diatas adalah lebih kukuh.. Tiada yang sanggup berkhidmat disekolah ini. Walaupun bersebelahan jalan utama, sebelum aku bertukar kesekolah ini, kekosongan guru BI tidak diisi hampir setahun... Apakan daya, kita hanya guru baru yang setahun jagung, jadi hanya menurut perintah. Besarlah harapan agar Gunung Berapi tidak melepup lagi untuk penggal persekolahan yang akan bermula minggu hadapan...


SEMANGAT PERJUANGAN HARMONI - XPDC

Sememangnya aku rindukan
Kedamaian ini kekal
Menempuh hari-hari lalu
Dengan satu belaian
Kasih sayang dijunjung di kepala
Mengatasi segala yang dijuang
Sebenarnya hidup disini
Arahnya berlainan
Menunggu giliran tiba
Entah bilakah masanya
Selagi nafas terlekat di rongga
Selagi langkah terus diperjalanan
Manusia punya hakikat
Punya akal dan fikiran
Melebihi kejadian ciptaan Yang Maha Esa
Kejujuran pada diri sendiri
Untuk apa dipersembahkan kepada
Mereka yang tak punya perasaan
Kita ada nilai tersendiri
Biarkan mereka yang tersasul
Berkata ego menepuk dada
Semangat disimpan selagi ada
Kesempatan hidup bersama
Apalah ada pada keindahan
Jika jiwa kita meronta-ronta
Mereka yang tak punya perasaan
Kita ada nilai tersendiri
Biarkan mereka yang tersasul
Berkata ego menepuk dada
Biarkan mereka yang tersasul
Berkata ego menepuk dada
Semangat disimpan selagi ada
Kesempatan hidup bersama
Apalah ada pada keindahan
Jika jiwa kita meronta-meronta
Apalah ada pada keindahan
Jika jiwa kita meronta-meronta

Thursday, June 4, 2009

Kuala Lumpur....

Entah mengapa, tiba-tiba sahaja aku teringatkan Kuala Lumpur. Kota yang banyak mengajar aku erti persahabatan serta kecekalan dalam meneruskan hidup di kota metropolitan untuk aku menjadi seorang guru hari ini. Betul kata orang, bila kita berada jauh dari keluarga hanya sahabat sahaja jadi peneman disamping doa dari keluarga... Jika kita tersilap pilih rakan, maka tumpas la kita hanyut dalam arus kehidupan kota.

Tahun pertama merupakan tahun penyesuaian... Tahun kedua tahun berkenalan dengan Kota Kuala Lumpur.... Tahun akhir? Sudah pasti tahun yang ditunggu untuk pulang menabur bakti dikampung halaman... disamping berpisah dengan sahabat yang sama-sama berkongsi susah senang kita bila berada diperantauan. Secebis memori kembali dalam ingatan bila melihat gambar -gambar yang aku ambil semasa ke Kuala Lumpur bulan lepas.... Kenangan bersama teman, rakan serta sahabat yang sentiasa menemani aku bila keluar disekitar kota raya.

Antara tempat kegemaran adalah Pasar Seni... Kedai buku yang meminjamkan kita buku untuk dibaca dengan kadar yang amat berpatutan... Tak tau pula masih ada atau tidak kedai tersebut... Hemm selain pada itu, KLCC... Almaklumlah, 'Roti Boy' hanya ada dijual di KLCC dan merupakan tempat yang paling digemari untuk bersiar-siar. Makanan selera pantai timur pula biasanya kami pergi ke Pantai Dalam... Almaklumla, nak juga merasa sekali-sekala ikan panggang dengan budu campur dengan tempoyak...Cukup banyak pengalaman semasa di Kuala Lumpur untuk diungkapkan dan diceritakan. Mungkin di tajuk penulisan blog aku yang akan mendatang... Teringat pula sebuah lagu tentang Kuala Lumpur, entah ada atau tidak rakan yang masih mengingati lagu ini.....

Malek Ridzuan - Kuala Lumpur Oh Kuala Lumpur

Aku datang dari desa,
hanya sebatang kara...
Meninggalkan kampung tercinta dan sanak saudara...
Setiba di kota raya ku giat berkerja
berlumba lumbar mengejarkan apa yang dicita.
meskipun badai yang melanda
aku terus melangkah mengharungi hidup kota
dengan sepotong doa agar kehidupanku lebih maju
bermakna cuba membela nasib agama,
bangsa negara
Kuala Lumpur..Kuala Lumpur..
Menyinari hidupku..
Kota yang penuh..
dengan cabaran
Kuala Lumpur..Kuala Lumpur..
Menyinari hidupku..
Kota yang penuh..
dengan harapan...
Si miskin dan si kaya semua tiada dibeza
di kotaraya yang mempunyai berbilang bangsa
Bila larut senja menjelma sungguh indahnya
bertapa aku terharu dan sungguh berbangga
Kuala Lumpur..Kuala Lumpur..
Menyinari hidupku..
Kota yang penuh..
dengan cabaran
Kuala Lumpur..Kuala Lumpur..
Menyinari hidupku..
Kota yang penuh..
dengan harapan...

Minggu pertama cuti sekolah dan Persamaan

Minggu pertama cuti penuh dengan masa bersama keluarga dan rakan-rakan. Pernahkah kita tefikir kita berkongsi persamaan dengan rakan yang jauh beratus kilometer dari kita? Mungkin hal demikian jarang-jarang berlaku kepada kita semua. Tetapi bagi saya perkara ini terjadi tanpa disedari.. Pernahkah anda menyayikan sebuah lagu dan tiba-tiba rakan anda menyayikan lagu tersebut? Pernahkan anda meminati sesebuah lagu dan tiba-tiba rakan anda menggunakannya sebagai ringtone? Pernahkan anda memakai baju yang sama warna dengan rakan secara kebetulan? Pernahkah anda ke suatu tempat dan tiba-tiba berjumpa dengan rakan tanpa dirancang? Itu semua merupakan satu persamaan yang pasti ada dalam diri anda dan rakan-rakan anda....

DEWA 19 - PUPUS
Aku tak mengerti �
apa yang kurasa,
Rindu yang tak pernah �
begitu hebatnya
Aku mencintaimu lebih dari yang kau tahu �
Meski kau tak akan pernah tahu
Aku persembahkan �
hidupku untukmu,Telah kurelakan �
hatiku padamu,Namun kau masih bisu �
diam seribu bahasa
Dan hati kecilku bicara �
Chorus:Baru kusadari �
Cintaku bertepuk sebelah tangan
Kau buat remuk seluruh hatiku �
Semoga waktu akan mengilhami sisi hatimu yang beku,
Semoga akan datang keajaiban,
hingga akhirnya kaupun mau
Aku mencintaimu
Lebih dari yang kau tahu �
Meski kau tak kan pernah tahu �

Anuar and wife


Gambar ini dah ada dalam simpanan sejak pulang dari Perhimpunan 100 tahun Pengakap di Stadium Negara. Walaupan baru mengetahui perkahwinan member seorang ini, tahniah diucapkan. Nampaknya zoom kamera Nikon perlu di upgrade kepada autofocus...hihi..


Monday, June 1, 2009

Catatan perjalanan ke perkahwinan rakanku Rahim


Alhamdulillah, akhirnya janji kepada rakanku seorang ni pun dapat aku tunaikan. Hajat dihati mulanya ingin bermobile ke Kedah sahaja disebabkan semalam terpaksa menghadiri kursus. Perancangan berubah kerana tengah hari semalam dapat panggilan dari Rahim bertanyakan kedatangan ke kendurinya. Panggilan itu seolah-olah rakanku seorang ini amat berharap aku dapat datang, jadi dengan hati yang nekad sidang petang kursus aku memontengkan diri sahaja... hihi perkara yang jarang dilakukan...
Pukul 1.00 petang bermobile dan sampai pada pukul 4.00 petang di Kg. To Uban... Itu pun setelah tersesat 2,3 kali... Alhamdulillah, dapat bertemu mata dengan rakanku Hilmi yang telah sampai disamping Abe and family.. dah lama tak berjumpa, so berkongsi-kongsi lah kami semua...
Bak kata pepatah ikan dilaut, asam didarat, didalam periuk betemu juga.. huhuh.. Jadi penulis novel la hari ini..Sekalung tahniah buat Rahim yang telah selamat bertemu dengan permata hatinya. Semoga ikatan perkahwinan yang termeterai berkekalan hingga ke anak cucu..
So kapada rakan-rakan lain bolehlah demo klu-klu ke kawe untuk ke majlis demo plok... hihihih