Monday, December 24, 2018

Adat dan budaya kian terhakis

"Binalah kemajuan semaju manapun, tetapi jalanlah dibunuh adat dan budaya nenek moyang kita."

Sedikit terkesan dengan ungkapan daripada lawak kumpulan shiro dalam maharaja lawak mega 2018 kali ini.
Sensitiviti kita pada adat dan budaya dewasa ini boleh dikatakan semakin terhakis.. Setuju atau tidak?
Budaya dan warisan bangsa tidak seharusnya dilihat sebagai satu perkara remeh, kecil dan boleh dikesampingkan. Sebalik­nya, ia adalah perkara yang mengisi jiwa anak bangsa. Ini mewujudkan satu ikatan yang merapatkan rasa kebersamaan dan menjadi citra yang menimbulkan rasa cinta dan setia kepada bangsa dan negara.
Keseimbangan dalam mengejar pencapaian pada masa sekarang dan masa hadapan tanpa membiarkan kekayaan khazanah masa lalu terkubur dan dilupakan kerana kita percaya bahawa kedua-dua elemen ini saling melengkapi dan berupaya mendukung antara satu sama lain.
Betapa kita sekarang telah mengalami perubahan dengan menghakis adat dan budaya tanpa kita sedari....

Kerja amanah atau makan gaji??

Kalau dulu sebelum tandatangan akan ada penyataan, "saya yang menurut perintah". Tapi mulai 2018, ianya telah ditukarkan kepada "saya yang menjalankan amanah".
Impak positif darinya cukup bermakna kerana ungkapan amanah. Amanah bermaksud :

Amanah merupakan satu perkara yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Ia menentukan masa hadapan sesebuah masyarakat. Semua peranan yang dimainkan oleh setiap individu berkisar di sekitar dengan amanah yang telah diletakkan ke atas dirinya. Manusia tidak boleh melepaskan dirinya dari menunaikan amanah yang telah dibebankan kepadanya oleh kehendak-kehendak kehidupan. Salah satu daripadanya ialah urusan-urusan pentadbiran yang merupakan satu urusan yang mesti dipelihara dan dikawal tanpa dicemari oleh unsure-unsur yang merosakkan. Setiap orang adalah bertanggungjawab untuk memperbaiki sebarang kerosakan yang berlaku dalam urusan pentadbiran kerana ia merupakan satu amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Setiap orang mesti menunaikan amanah kepada tuhan, diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Pengertian

Amanah berasal daripada perkataan arab - amanah, yang bermaksud tenteram, aman, selamat dan harmoni. Dalam pengertian nilai dan akhlak, amanah ialah menghargai kepercayaan orang lain terhadap diri seseorang dengan melaksanakan tuntutan yang terdapat dalam kepercayaan itu. Amanah dengan erti kata lain ialah tanggungjawab yang diterima oloh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut, tanpa mengabaikannya. Apabila tanggungjawab itu ditunaikan dan kepercayaan yang diberikan itu dihargai, maka orang yang menerima dan melaksanakannya mendapati dirinya tenteram, aman, selamat dan harmoni.

Begitu besarnya amanah dalam pekerjaan kita seharian.. Moga kita semua menjalankan amanah sebaiknya..

Sunday, December 23, 2018

2018 tahun ke 14 berkhidmat

Masa sentiasa pantas meninggalkan kita. Seolah semalam baru menamatkan kursus di Institut Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa, Lembah Pantai.
Tempoh perkhidmatan yang boleh dikategorikan sebagai pertengahan kerana tempoh bagi pencen sekitar 30tahun perkhidmatan sekiranya panjang umur dan diberi kesihatan yang baik.. Insyaallah..
Sedikit sebanyak kita terkesan dengan persekitaran sistem pendidikan yang mengalami evolusi serta perlu memenuhi kehendak pasaran tenaga kerja yang akan datang. Kemenjadian murid serta kaedah pdpc yang baik sentiasa perlu di penuhi demi kelangsungan kemenjadian murid. Oleh kerana itu, ramai guru senior yang mula mengisi borang bagi permohonan pencen awal. Letih dengan keadaan semasa yang menuntut seribusatu komitmen yang tinggi supaya gaya pdpc mereka terus releven dengan keadaan semasa.
Pembinaan modal insan sebagaimana acuan tahun 80an atau 90an rasanya perlu dikekalkan supaya amalan hormat guru, kepentingan ilmu, kerjasama pibg serta status guru dalam masyarakat sentiasa terjaga.
Dewasa ini, kita boleh lihat nilai pembinaan modal insan disekolah sedikit terhakis samada kerana masalah organisasi atau kekangan bidang tugas yang skopnya lebih luas. Sedikit sebanyak istilah "sekolahku, rumah keduaku" tidak begitu relaven lagi. Dimana konsep "sekolah penyayang" mamat memberi kesan yang positip dalam membina perkembangan sesebuah komuniti sekolah.
14 tahun dalam perkhidmatan merupakan angka yang masih jauh tetapi penuh dengan cabaran kerana teknologi serta kaedah pdpc sentiasa kehadapan dan memerlukan kita sentiasa dahagakan ilmu dalam pedagogi.
Semoga rakan-rakan guruku terus bersemangat serta berkomitmen tinggi dalam mengharungi perkhidmatan kita.

Friday, December 21, 2018

Perubahan bidang tugas 2012

Salam sohabat dan saing semua.
Sudah hampir menjangkau 7 tahun penulisan blog ini terhenti dek kerana perubahan aturan harian samaada dalam kerja dan liburan.
Saya tetapkan jalur masa mengimbau tahun tahun terdahulu menyebabkan penulisan blog terhenti.
Element ke:
2. Perubahan bidang tugas..
Bermula 16.3.2012, telah diterima bertugas di PKG (Pusat Kegiatan Guru). Bidang tugasan berlainan dan luar dari kebiasaan. Masa kerja office hour, 8pagi hingga 5petang berbanding di sekolah yang dari pukul 7.30pagi hingga 2petang. Sedikit teruja kerana bidang disini lebih luas dan banyak benda baru yang boleh diperlajari serta di kongsikan. Dari bidang ict sehinggalah bidang pusat sumber. Dari pengurusan pejabat sehinggalah memberi kursus kepada guru-guru. Secara umumnya, totally berbeza dengan pendekatan di sekolah dan apa jua kerja perlu diselesaikan cepat, dan elakkan kerja bertangguh. Anda akan dapat manarik nafas panjang sekiranya setiap sasaran kerja tahunan yang perlu diselesaikan dapat disempurnakan lebih awal.
Apapun, anggaplah sesuatu yang kita lakukan perubahan itu merupakan satu kaedah bagi kita mencabar keupayaan diri. Banyak impak positive attitude yang boleh diikuti dan pengalaman baru dikutip sepanjang perubahan ini. Soalan cepucemas yang seringkali ditanya, mana yang lebih baik antara bertugas di sekolah atau di pejabat.. Ermm.. Jawapannya berlainan rasanya pada setiap indovidu. Ada yang bertukar kerana sebab tersendiri. Bagi saya, keduanya mempunyai kesukaan dan keterujaan tersendiri. Sebab pendorong saya bagi berubah bidang adalah pada 2011 telah dapat tawaran biasiswa ke program pensiswazahan guru KPM, (terima kasih KPM kerana memberi peluang tersebut) yang mengambil masa 6 tahun  secara PJJ.
...... Bersambung pada post blogger seterusnya...

"Set a goal that makes you want to jump out of bed in the morning.. "

Coretan akhir 2018

Salam sohabat dan saing semua.
Sudah hampir menjangkau 7 tahun penulisan blog ini terhenti dek kerana perubahan aturan harian samaada dalam kerja dan liburan.
Saya tetapkan jalur masa mengimbau tahun tahun terdahulu menyebabkan penulisan blog terhenti.
1. Media sosial
Tidak dinafikan, media sosial seperti Facebook menjadi medium pengganti penulisan blog yang lebih mudah serta mesra pengguna. Teknologi semakin kehadapan dan adakalanya beberapa teknologi yg dulu dirasakan canggih sudah mula tidak lagi begitu relaven dengan aturan semasa. Penulisan diblog hanyalah coretan serta lebih pada catatan bagi rujukan ilmiah ataupun catatan peribada yang ingin kita kongsikan buah fikiran yang difikirkan pada yang gemarkan penulisan blog.
Saya cuba untuk mencari apps yang sesuai bagi mudah dalam penulisan blog, sehinggalah blogger melancarkan apps khas ini. Penulisan blogger ini tidak lagi memerlukan kita dihadapan pc serta jari jemari rancak menaip papankekunci pc.. Sebaliknya, jari rancak menaip pada paparan skrin telefon.
Semenjak iphone dilancarkan, telefon pintar semakin berkembang dari zaman kegemilangan nokia sehingga lah syarikat gergasi besar seperti Huawei dari cina terus memperkukuhkan tekbologi telefon pintar hari ini yang dirasakan amat amat memudahkan pencarian maklumat serta sebahagian keperluan dalam kehidupan seharian.
....... Bersambung pada post blogger seterusnya...

"Set a goal that makes you want to jump out of bed in the morning.. "

Thursday, December 20, 2018

Test

Hai kwangan

Friday, November 21, 2014

Salam november 2014

Salam untuk semua.. Sudah lama tidak menulis..
Rasa kekok dalam seriap ayat yang ingin diatur.. Sejak 2011 berpindah ke sk tapah, penulisan blog ditinggalkan.

Facebook menjadi medium utama dalam setiap penulisan...
Selamat tinggal dunia pendidik kerana berpindah ke pusat kegiatan guru.

Nantikan sambungan penulisan nanti..