Saturday, November 7, 2009

Mimpi yang tak sudah....

Alhamdulillah.. Kempori Diraja telah seminggu berlalu, jadi banyak juga pengalaman yang berjaya dikutip.. Walaupun kita dipesan supaya bersangka baik seperti diucapkan oleh rakanku Humaizie.. sangka buruk kepada sesetengah pihak semasa kempori Diraja itu tetap tersemat dalam benak pemikiranku ini. Lain masa diharapkan pihak penganjur tidak mendiskrimasikan Kontigen dari Hulu Terengganu ini. Mentang-mentanglah kita Hulu, Diletakkan kita serta kemudahan yang bertaraf Kehuluan... Terima kasih penganjur...hehhehe

Musim hujan semakin dekat dan 2,3 ari lepas Hulu Terengganu dilanda banjir. Jalan ke Setiu terputus kerana air yang melebihi tahap merbahaya..

Bercakap tentang musim juga, musim perkahwinan juga bakal menjelma. So bagi rakan-rakan yang ingin menjemput tu bolehla khabarkan awal-awal yer...hehhehe

Sudah lama tidak mendapat khabar dari Rakan-rakan IPBA, mungkin sibuk dengan tugasan masing-masing.

Walaupun aku tidak berapa minat Liga Malaysia, tetapi oleh kerana Kelantan dapat ke final, dapat juga aku saksikan kekalahan Kelantan semalam. Dapat la lihat betapa mutu pengadilan serta permainan pemain kita masih tidak berkembang dan amat menyakitkan hati... Sampai bila permainan bola kita hendak berkembang, sama-samalah kita tunggu dan terus menunggu...huhuhuhh




Ibnor RizaMimpi Yang Tak Sudah

Apa makna impian

Datang dan pergi

Membawa hati

Menyusuri kembali

Jalan-jalan sepi

Kau kah di situ

Yang menantiku

Atau jelmaan

Dalam kenanganYang bernama pengalaman( korus )

Siapakah di antara kita

Dengan rela menjadi pendusta

Siapakah dulu membina harapan

Dan siapa yang memusnahkan impian

Tanpa sebab dan alasan

Kau lahirkan perasaan

Bagai taufan tiba-tiba datang

Dan menghilang

Kau bayang-bayang

Masa nan silam

Ada ketika terbawa-bawa

Oleh resah mimpi yang tak sudah

1 comment:

budak-kom said...

bersangka baik dengan berfikir yang orang negeri merasakan orang ulu berhak dapat tempat macam ulu juga...tempat pun ulu...ulu kem.hehe..takpelah yus.orang pandang kita gitu tapi tak berani kata kita gitu sbb kadang2 orang yang senyap mempunyai lebih umph dan isi daripada mereka yang memang besar tapi isinya hampeh