Sunday, November 8, 2009

Susah bertukar kerjaya...hehehe





Salam Pengakap.... Hehee..maklumla, demam kempori Diraja masih terasa. Hari kedua Kempori tersebut berjaya juga aku menjadi jurugambar bidan terjun. Silap yang pertama adalah kerana tidak berpakaian lengkap, ingatkan boleh hanya memakai skaf pengakap sahaja. Almaklum sahaja, dikelilingi mata-mata yang memandang. Bimbang dihati kalau-kalau kita menjadi perosak program tersebut.
So memang bertukar kerjaya dari menjadi guru pengiring kontigen kepada jurugambar disepanjang ketibaan DYMM Pemangku Sultan Terengganu, Tengku Ismail, merupakan detik yang meletihkan.
Cuba bayangkan, anda terpaksa berhimpit serta bekejaran dari satu posisi ke posisi yang lain bagi mendapatkan angle yang baik. Dengan keadaan jalan yang sekejap baik dan sekejap berselut. Camera pula perlu dijaga sekiranya hari hujan... Ohh.. memang memenatkan.. Akhirnya aku ambil langkah mudah dan berisiko dengan memberi kamera kepada budak kelana sahaja yang shoot..
Patutpun pepatah ada mengatakan dengan sekeping gambar dapat menceritakan seribu satu penceritaan...Anyway, ini merupakan pengalaman pertama shoot ditempat yang penuh dengan dif-dif kehormat serta VVIP...

No comments: