Pernahkah kita terfikir selama kehidupan kita didunia ini, mana yang banyak kita lakukan... Pendekkata Muhasabah diri, melihat kelemahan diri kita yang kerdil disisi Ilahi... Baru-baru ini aku tertarik dengan isu Buang bayi yang terpampang di media massa. Apakandaya, kita hanya boleh membaca serta berkongsi pengalaman serta berpesan sesama kita dalam mengerjakan kebaikan.
Kiranya kita lihat kehidupan masyarakat sekarang dengan masyarakat dulu tiada bezanya. Masih lagi bersosial, berpakaian menjolok mata, berpelesiran serta manjadikan hiburan sebagai syurga dunia. Adakah kes-kes buang bayi di era 60an hingga 80an? Jawapannya ada.. Cuma manusia di era tersebut masih terdapat setitik hati nurani yang murni tidak melakukan pembunuhan terhadap insan tidak berdosa. Bukan ingin menggalakkan berlakunya anak luar nikah serta gejala sosial, tetapi cuba bayangkan masyarakat di era dulu sanggup membela anak luar nikah walaupun mereka tahu serta sedar cacian dari masyarakat sekeliling.. Kerana itulah kurangnya kita mendengar laporan buang bayi. Bayi masih dibuang, tetapi jauh diceruk kampung serta anak-anak ini dapat merasai kehidupan didunia.
Berbeza dengan kes-kes buang bayi diera sekarang.. Ramai yang sanggup menjadi pembunuh walaupun pilihan yang lebih baik tetap ada. Sekiranya dulu rumah atuk serta nenek menjadi tempat berteduh anak-anak ini, kini telah banyak tumbuh bak cendawan selepas hujan rumah-rumah yang membela nasib wanita teraniaya. Janganlah sampai rumah ini dijadikan tempat pelupusan bayi sudah. Bukan menggalakkan anak luar nikah, tetapi hati ini sentiasa mudah tersentuh melihat mayat bayi yang dibuang!! Bayangkan Mayat bayi boleh diratah oleh biawak... huh, amat sayu kiranya dibayangkan, ibu manakah yang sebegitu kejam...
Bagi golongan hawa sekelian, berfikirlah semasak-masaknya apa yang telah berlaku kepada pembunuh bayi-bayi ini.....
No comments:
Post a Comment