Saturday, October 24, 2009

Lama Tidak menulis...hehehe

Aslamualakum..
heheh.. terlalu sibuk dengan aktiviti sukarela dan kerja membuatkan blog tidak dapat diupdatekan..
Data serta maklumat ICT, maklumat murid dan pelbagai lagi kerja disekolah amat memberi tekanan kerana tarikh serahan yang hampir bagi setiapnya.
Sekolah pula mengadakan perkhemahan yang secara langsungnya melantik aku menjadi kem komandan. Malangnya nasib kerana rakan perguruan lain seolah-olah tidak bersemangat menjadikan perkhemahan sekolahku meriah dengan aktiviti yang menarik. Mujur kerana para pekerja swasta sudi bersamaku dalam merencanakan sesuatu program..
Terima kasih atas kunjungan rakan-rakan radio Pasir Putih ke Hulu Terengganu. Sungguh letih dan amat memberikan satu pengalaman baru buatku...
Semua yang telah berjalan diatas membuatkanku sedar dan dapat dilihat komitmen para ahli serta rakan taulan yang memberi sedikit sebanyak pengajaran kepadaku.

Pengajaran pertama: Tidak boleh menilai seseorang dari luaran kerana kita tidak tahu apa yang diperkatakan dibelakang kita.
Pengajaran kedua: Bukannya semua orang dapat menyelesaikan permasalahan yang mudah secara spontan serta berfikir mengikut keadaan.
Pengajaran ketiga: Jangan terlalu mudah kita meluahkan pandangan kita kerana kita belum tahu samaada orang dapat menerima pendangan kita secara baik kerana apa yang kita perkatakan itu mungkin akan disalah ertikan dan digunakan bagi menghentam kita kembali dalam nada sinis.
Pengajaran keempat: Ragam orang ini terlalu sukar diramal dan sentiasa terpendam. Lain yang diperkatan tetapi tindakan serta perlakuan pula berlainan, pendekkata cakap tidak serupa bikin...
Pengajaran kelima: Masa itu emas dan jangan sesekali mengejar masa tetapi kita perlulah mengikut masa.
Pengajaran keenam: Setiap perancangan tanpa bantuan yang betul-betul memahami sudah pastilah akan membuatkan kita bekerja dalam tekanan.
Pengajaran ketujuh: Betapa kita ini manusia mudah menyalahkan orang lain tetapi kita tidak berusaha memperbetulkan sebaliknya hanya pandai berkata-kata. Betullah kata pepatah jangan kita menjadi tin yang kosong tetapi jadilah resmi padi, semakin tunduk semakin berisi....

Emm.. mungkin betul kata bijaksana, hidup ini penuh dengan pengajaran, kita akan terus belajar dan belajar sehingga nafas terakhir.....

No comments: