Salam Ramadhan...
Upsr tinggal seminggu sahaja lagi..
Minggu last bagi persediaan peperangan besar pelajar tahun 6...
Minggu pertama Ramadhan juga telah berlalu...
Semoga amal kita dibulan yang penuh keberkatan ini diterima oleh yang maha Esa...
Huh.. jika nak diceritakan tentang bazzar Ramadhan banyak yang ingin diperkatakan..
Misi mencari ketupat sotong kuah manis masih menemui kegagalan...
Minggu lepas juga terpaksa pergi ke pejabat SKMM di kuantan..
menyelesaikan penghantaran borang 9w2 radio amatur...
Alhamdulillah..lepas ini boleh la berterbangan sempena hari raya...Hopefully..hihih....
Bagi minggu kedua di bulan Ramadhan ini bersamalah kita mempertingkatkan amalan kita...
Lailatul Qadar - Rabbani
MalamLailatul Qadar
Malam Terindah Dari Seribu Bulan
Malam Di Mana Al-Quran Diturunkan
MalamLaltul Qadar
Malam Ditaburi Rahmat Dan Maghrifahnya
Malam Diberkati Hingga Terbit Sang Fajar
Tiada Tiarai Penghalang
Kurnianya Pasti Bertandang
Mengharum Roma Kerohanian
Unggulnya Dalam Islam
Sucikan Dirimu
Dengan Zikrullah
Terangkat Hijjab
Diampunkan Dosa
MalamLailatul Qadar
Malam Terindah dari Seribu Bulan
Malam Di Mana Al-Quran Diturunkan
MalamLailatul qadar
Malam Ditaburi Rahmat dan MaghrifahNya
Malam Diberkati Hingga Terbit Sang Fajar
Tiada Tirai Penghalang
Kurnianya Pasti Bertandang
Mengharum Roma Kerohanian
Unggulnya Hanya Dalam Islam
Sucikan Dirimu
Dengan Zikrullah
Terangkat Hijjab
Malam Terindah...
Lailatul Qadar
Saturday, August 29, 2009
Wednesday, August 19, 2009
sALAM rAMADHAN dAN sELAMAT bERCUTI sEKOLAH (kECUALI gURU tHN 6)
Ramadhan menjelma lagi...
bulan beramal dan penuh keberkatan...
pada masa yang sama cuti sekolah bermula...
diharapkan kepada semua rakan bersedia dan mengambil langkah-langkah yang perlu bagi menanggani H1N1..
Dua buah sekolah menengah di daerah Hulu terengganu kini ditutup kerana pelajar dikesan positif H1N1.
Dengan menjelmanya Ramadhan, perbanyakkanlah amal dan sentiasalah tabah dalam beramal.
Bagiku, minggu depan bukan cuti sekolah kerana terlibat dalam kelas cuti terancang.
Emm.. sesekali terfikir juga kata-kata rakan yang mengatakan kerja sebagai pendidik ini banyak cuti dan masa yang terluang. Mungkin perkara sedemikian hanya bagi guru-guru baru yang masih bersemangat dek kerana senikata dan penghayatan lirik lagu "Guru Malaysia".
Akhir, kepada semua selamat berposer dan selamat bercuti...
Jaga peribadi hiasi diri...(lupa.... petikan kata-kata dari seorang DJ radio)

Saturday, July 18, 2009
Puasa dah dekat... n Konvoi ke Gunung Senyum
Hai.. demam puasa dah melanda... ada yang dah hampir setahun tidak masjid dan surau kini mula sibuk membeli kopiah... Hehhee.. bukan tidak baik.. comel doh... tapi ianya seakan menjadi bahan lawak jenaka... Muka-muka yang tidak pernah dilihat dimasjid atau surau menjengah secara tiba-tiba... Harapan semoga golongan seperti ini tidak hanya memandang bulan Ramadhan sahaja sebagai bulan untuk ke masjid atau surau....
24 hingga 25 ni maka akan berkonvoilah sebanyak 25 buah kereta ke Gunung Senyum. Diharapkan semoga aktiviti ini berjalan lancar dan konvoi selamat pergi dan balik..... Tidak tahu pula macammana keadaan di Gunung Senyum, adakah seindah namanya yang tersenyum? Hehhee.. Kalau senyuman manis memang memikat, so bagi yang kurang tersenyum tu... cuba-cubalah senyum...

Tuesday, June 30, 2009
GB baru... n durian....
Alhamdulillah... maka khabar angin yang selama ini bertiup akhirnya menjadi kenyataan hari ini.. Sekolah aku menerima seorang GB yang baru. Hari pertama dari pembawaan diri beliau disekolah ini dapat dilihat yang beliau merupakan seorang yang suka berkawan dan berjiwa sukan. Padanlah pertukarannya mendapat tentangan dari PIBG serta JKKK kampung disekolah lamanya. Bagi kita mendapat GB seperti ini amat payah sekali dan semakin berkurang. Diharapkan pertukaranya ke sekolah ini dapat memberi nafas baru dalam memurnikan suasana sekolahku ini yang semakin hari, semakin kusam.
Minggu ini juga merupakan minggu cikgu-cikgu mendapat durian runtuh. Durian runtuh yang dimaksudkan adalah pemberian buah durian oleh para pelajar. Seronok rasanya dapat mengajar di kampung. Dulu kita hanya mendengan para cikgu lama yang menceritakan pengalaman mereka mendapat buah-buahan dari para pelajar, kini perkara ini telah berbalik kepada diri kita semua.. Kepada rakan yang bertugas dikampung dan mendapat durian diucapkan selamat menjamu selera....

Saturday, June 27, 2009
E-Book pelajar tahun 5?
Emm.. Para pelajar tahun lima akhirnya gembira bila mendapat tahu mereka dibekalkan dengan e-book.. Pada mulanya mereka mendapat info yang sekolah ini tidak terpilih sebagai penerima tetapi hari ini mereka nampak ceria untuk upacara pembahagian e-book. Maklum sahajalah, pelajar luar bandar memang tidak terdedah dengan teknologi seumpama itu. Nasib baik jugalah adanya makmal komputer yang dapat mendekatkan mereka dengan ict. Ditambah dengan e-book ini adalah diharapkan mereka akan lebih berminat untuk belajar disamping dapat mengurangkan berat beg sekolah yang digalas setiap hari. Walaupun perisian yang dikatakan perisian buku teks hanyalah berbentuk gambar yang diimbas, ini sekurang-kurangnya dapat mengubah cara pembelajaran dan banyak pihak akan membuka mata dengan medium baru ini. Cuma yang menjadi kebimbangan adalah tahap ketahanan serta penjagaan e-book itu sendiri. Diharapkan beberapa kelemahan yang ada ini akan diperbaiki dari semasa ke semasa..
Antara minat dan hobi...
Adakah ada perbezaan antara minat serta hobi?
Saya minat mambaca buku... Hobi saya memancing...
Mengikut persepsi saya, keduanya adalah berbeza. Hobi hanya kita lakukan bila kita berkelapangan.. Minat pula adalah perkara yang kita sanggup lakukan apa sahaja biarpun perkara itu diluar jangkauan kita. Itulah perbezaan bagiku antara minat serta hobi. Perkara ini terlintas bila ada rakan merasakan aku telah berubah minat kepada aktiviti lain daripada yang kebiasaannya aku lakukan. Mengapa perlu persoalkan? Minat Insyaallah tidak akan berubah, tetapi mungkin selepas ini akan diperlahankan secara berperingkat. Hobi pula kan tetap jadi hobi bagi mengisi masa lapang...
Kertas - Kekasih Yang Tak Di Anggap
aku mentari tapi tak menghangatkanmu
aku pelangi tak memberi warna di hidupmu
aku sang bulan tak menerangi malammu
aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan
selalu itu yg kau ucapkan padaku
reff:
sebagai kekasih yg tak dianggap
aku hanya bisa mencoba mengalah
menahan setiap amarah
aku sang bulan tak menerangi malammu
aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan
repeat reff
sebagai kekasih yg tak dianggap
aku hanya bisa mencoba bersabar
ku yakin kau kan berubah

Pengembaraan hidup..
Kehidupan penuh dengan pengajaran serta iktibar. Kehidupan juga merupakan medium bagi kita menimba pengalaman hidup. Apa yang kita belajar dalam seharian dalam kehidupan kita? Adakah perkara yang ditempuh adalah sama dan berulang setiap masa? Banyak sebenarnya yang kita boleh lihat, samaada potensi diri ataupun potensi orang disekeliling kita. Adaseorang rakanku, hobinya adalah memerhatikan telatah serta perlakuan orang disekelilingnya sebagai salah satu unsur pembelajaran. Betul, dalam kehidupan kita seharian sudah pasti akan terdapat sesuatu yang baru bagi kita belajar... Memang padanlah kita sentiasa berharap semoga hari esok lebih baik dari hari ini dan semoga apa yang kita tempuh pada hari ini dapat menjadi iktibar dan pedoman kepada kita semua....
p/s:Pada rakanku yang menghantar sms hari lahir, terima kasih diucapkan dansemoga persahabatang yang terjalin akan terus kekal erat selamanya.. Sesungguhnya pengalaman hidup ini memang dapat mematangkan kita..
" Waktu lahir kamu menangis dan orang disekeliling kamu tersenyum...
Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu
tersenyum dan orang disekeliling kamu menangis...."

Subscribe to:
Posts (Atom)