Monday, September 14, 2009

Berbuka Puasa di Besut...


Majlis berbuka puasa kali ini telah dihadiri oleh 8 orang rakan PEMANCAR Zon Hulu Terengganu yang bermobil dengan 2 buah kereta..

Senarai perwakilan ke Besut adalah seperti berikut:

- 9w2czc(zainal),9w2ppt(pok zul),9w2syw(pok said zul), 9w2rjd(shamili),

9w2ytl(yus),9w2rcv(rezal),swl man, swl pok mat dan harmonic pok zul..

Sekalung penghargaan dan terimakasih kepada rakan Besut atas majlis berbuka yang cukup meriah berjaya dianjurkan...


Selamat Hari Raya..

Sempena 1 Syaawal yang semakin hampir ini.. Kesempatan ini diambil bagi mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua yang mengenali diri ini... Maap sekiranya ada perlakuan yang secara tidak sengaja telah membuatkan anda terasa.. Sesungguhnya kelemahan ini datang dari diri sendiri...
Semoga Aidilfitri tahun ini memberi kita semua 1001 kegembiraan...

Tuesday, September 8, 2009

Album






Majlis berbuka puasa bersama dengan rakan-rakan radio amatur di sekitar Hulu Terengganu di rumah Pok Zul, 9w2PPT. Terima kasih Pok Zul atas lauk pauk dan masakan kampung yang amat menyelerakan sekali....
Emm.. Sebenarnya sikap sebeginilah yang kita inginkan, saling bantu-membantu serta berkawan dan mencari rakan......


Saturday, September 5, 2009

Menguji kesabaran....


Bulan lepas dan bulan ini cukup meninggalkan kesan yang mendalam....
Niat menolong tetapi bahana pula yang menimpa...
Niat menolong seorang rakan radio amatur berkesudahan dengan kereta aku rabak dibahagian bonet...
Apakandaya, walaupun dah diletakkan ditepi jalan, kemalangan yang berlaku antara kereta kancil dan wira telah menyebabkab kereta wira tersebut melayang ke arah bonet belakang keretaku... huh.. aksi didepan mata sambil menolong seorang rakan menukarkan tayar kereta fortunernya yang pancit.. nasib kami tidak mengalami sebarang kecederaan, cuma keretaku yang terpaksa ke bengkel buat kali kedua dalam jangkamasa sebulan.. huh.. ini yang dipanggil berada ditempat yang salah pada waktu yang salah...
Dalam bulan ini juga hard disk aku 250gb telah mengalami kerosakkan.. huhuh... gambar sepanjang 2004 hingga 2009 hilang sekelip mata..
Ramadhan 2009 benar-benar menguji kesabaran serta ketabahan diri ini yang amat kerdil sekali rasanya....


Saturday, August 29, 2009

Seminggu Ramadhan...

Salam Ramadhan...
Upsr tinggal seminggu sahaja lagi..
Minggu last bagi persediaan peperangan besar pelajar tahun 6...
Minggu pertama Ramadhan juga telah berlalu...
Semoga amal kita dibulan yang penuh keberkatan ini diterima oleh yang maha Esa...
Huh.. jika nak diceritakan tentang bazzar Ramadhan banyak yang ingin diperkatakan..
Misi mencari ketupat sotong kuah manis masih menemui kegagalan...
Minggu lepas juga terpaksa pergi ke pejabat SKMM di kuantan..
menyelesaikan penghantaran borang 9w2 radio amatur...
Alhamdulillah..lepas ini boleh la berterbangan sempena hari raya...Hopefully..hihih....
Bagi minggu kedua di bulan Ramadhan ini bersamalah kita mempertingkatkan amalan kita...


Lailatul Qadar - Rabbani

MalamLailatul Qadar
Malam Terindah Dari Seribu Bulan
Malam Di Mana Al-Quran Diturunkan
MalamLaltul Qadar
Malam Ditaburi Rahmat Dan Maghrifahnya
Malam Diberkati Hingga Terbit Sang Fajar
Tiada Tiarai Penghalang
Kurnianya Pasti Bertandang
Mengharum Roma Kerohanian
Unggulnya Dalam Islam
Sucikan Dirimu
Dengan Zikrullah
Terangkat Hijjab
Diampunkan Dosa
MalamLailatul Qadar
Malam Terindah dari Seribu Bulan
Malam Di Mana Al-Quran Diturunkan
MalamLailatul qadar
Malam Ditaburi Rahmat dan MaghrifahNya
Malam Diberkati Hingga Terbit Sang Fajar
Tiada Tirai Penghalang
Kurnianya Pasti Bertandang
Mengharum Roma Kerohanian
Unggulnya Hanya Dalam Islam
Sucikan Dirimu
Dengan Zikrullah
Terangkat Hijjab
Malam Terindah...
Lailatul Qadar

Wednesday, August 19, 2009

sALAM rAMADHAN dAN sELAMAT bERCUTI sEKOLAH (kECUALI gURU tHN 6)

Ramadhan menjelma lagi...
bulan beramal dan penuh keberkatan...
pada masa yang sama cuti sekolah bermula...
diharapkan kepada semua rakan bersedia dan mengambil langkah-langkah yang perlu bagi menanggani H1N1..
Dua buah sekolah menengah di daerah Hulu terengganu kini ditutup kerana pelajar dikesan positif H1N1.
Dengan menjelmanya Ramadhan, perbanyakkanlah amal dan sentiasalah tabah dalam beramal.
Bagiku, minggu depan bukan cuti sekolah kerana terlibat dalam kelas cuti terancang.
Emm.. sesekali terfikir juga kata-kata rakan yang mengatakan kerja sebagai pendidik ini banyak cuti dan masa yang terluang. Mungkin perkara sedemikian hanya bagi guru-guru baru yang masih bersemangat dek kerana senikata dan penghayatan lirik lagu "Guru Malaysia".
Akhir, kepada semua selamat berposer dan selamat bercuti...
Jaga peribadi hiasi diri...(lupa.... petikan kata-kata dari seorang DJ radio)

Saturday, July 18, 2009

Puasa dah dekat... n Konvoi ke Gunung Senyum

Hai.. demam puasa dah melanda... ada yang dah hampir setahun tidak masjid dan surau kini mula sibuk membeli kopiah... Hehhee.. bukan tidak baik.. comel doh... tapi ianya seakan menjadi bahan lawak jenaka... Muka-muka yang tidak pernah dilihat dimasjid atau surau menjengah secara tiba-tiba... Harapan semoga golongan seperti ini tidak hanya memandang bulan Ramadhan sahaja sebagai bulan untuk ke masjid atau surau....

24 hingga 25 ni maka akan berkonvoilah sebanyak 25 buah kereta ke Gunung Senyum. Diharapkan semoga aktiviti ini berjalan lancar dan konvoi selamat pergi dan balik..... Tidak tahu pula macammana keadaan di Gunung Senyum, adakah seindah namanya yang tersenyum? Hehhee.. Kalau senyuman manis memang memikat, so bagi yang kurang tersenyum tu... cuba-cubalah senyum...