Saturday, May 22, 2010

Lesen mengajar

Emm.. Guru bakal dikehendaki memiliki lesen untuk mengajar? Adakah ini hanya omong kosong bagi menaikkan individu atau bakal diwajibkan? Kiranya dilihat trend semasa, langkah mewajibkan lesen mengajar ini bakal dilaksanakan.. Bagi semua guru, rasanya kita perlulah berusaha 160% daripada sekarang..
Adakah praktikal bagi keadaan guru di Malaysia dikehendaki memiliki lesen? Kiranya kita membuat perbandingan di luar negara, sudah pastilah ini akan membuka alaf baru dalam dunia pendidikan.
Kerajaan sudah pasti perlu membenarkan lebih banyak sekolah-sekolah swasta serta dengan kurikulum yang mereka gubal sendiri bagi memenuhi kehendak peluang pekerjaan diwesa ini.
Cuba kita singkapkan era 90-an dulu.. Pekerjaan guru dianggap tidak kemana dan hanya bagi pelajar pertengahan yang tidak berpeluang ke universiti diera itu.
Bandingkan dengan situasi semasa pula... Bidang perguruan menjadi pilihan bagi golongan graduan yang menganggur dan masih keliru dimana mereka ingin menggunakan ijazah mereka itu. Bukan ingin merendahkan golongan graduan, tetapi hakikatnya ada dikalangan mereka yang bekerja tangkap muat sahaja.. Alhamdulillah, ada sesetengah graduan ini memang bersemangat dan boleh dijadikan ikutan...
Kesimpulannya, lesen mengajar akan membuka dimensi baru dalam dunia pendidikan di Malaysia dengan syarat beberapa dasar dan peraturan perlulah dirombak.. Sekiranya ini diambil kira, sudah pastilah omong kosong lesen mengajar akan dijadikan lawak tahunan kepada sesetengah individu yang tiada kerja yang hendak dilakukan...
Membuat dasar cukup mudah.. tetapi bagi melaksanakannya perlulah diambil semua pro dan kontra setiap yang akan berlaku....





Masih aku terasa
(A Rahim Othman / Juwie)

Masih Aku Terasa Sejenak aku dikejutkan
Bersama ombak cinta luka
Perpisahan melanda kita
Hanya kerna peristiwa itu
Kiranya takdir mengizinkan
Inginku kembali padamu
Meneruskan cinta yang lalu
Kerana kau yang aku sayangi( korus )
Akan kusimpan kenangan cinta kita
Yang tak akan terpadam selamanya
Kehangatan cintamu masih aku terasa
Seperti baru semalam kita berpisah
Tangisan sedu di hatiku
Menahan kepedihan ini
Sendiri aku mengenangkanmu
Hanya engkau yang aku sayangi
( ulang korus )

No comments: