Saturday, May 22, 2010

Lesen mengajar

Emm.. Guru bakal dikehendaki memiliki lesen untuk mengajar? Adakah ini hanya omong kosong bagi menaikkan individu atau bakal diwajibkan? Kiranya dilihat trend semasa, langkah mewajibkan lesen mengajar ini bakal dilaksanakan.. Bagi semua guru, rasanya kita perlulah berusaha 160% daripada sekarang..
Adakah praktikal bagi keadaan guru di Malaysia dikehendaki memiliki lesen? Kiranya kita membuat perbandingan di luar negara, sudah pastilah ini akan membuka alaf baru dalam dunia pendidikan.
Kerajaan sudah pasti perlu membenarkan lebih banyak sekolah-sekolah swasta serta dengan kurikulum yang mereka gubal sendiri bagi memenuhi kehendak peluang pekerjaan diwesa ini.
Cuba kita singkapkan era 90-an dulu.. Pekerjaan guru dianggap tidak kemana dan hanya bagi pelajar pertengahan yang tidak berpeluang ke universiti diera itu.
Bandingkan dengan situasi semasa pula... Bidang perguruan menjadi pilihan bagi golongan graduan yang menganggur dan masih keliru dimana mereka ingin menggunakan ijazah mereka itu. Bukan ingin merendahkan golongan graduan, tetapi hakikatnya ada dikalangan mereka yang bekerja tangkap muat sahaja.. Alhamdulillah, ada sesetengah graduan ini memang bersemangat dan boleh dijadikan ikutan...
Kesimpulannya, lesen mengajar akan membuka dimensi baru dalam dunia pendidikan di Malaysia dengan syarat beberapa dasar dan peraturan perlulah dirombak.. Sekiranya ini diambil kira, sudah pastilah omong kosong lesen mengajar akan dijadikan lawak tahunan kepada sesetengah individu yang tiada kerja yang hendak dilakukan...
Membuat dasar cukup mudah.. tetapi bagi melaksanakannya perlulah diambil semua pro dan kontra setiap yang akan berlaku....





Masih aku terasa
(A Rahim Othman / Juwie)

Masih Aku Terasa Sejenak aku dikejutkan
Bersama ombak cinta luka
Perpisahan melanda kita
Hanya kerna peristiwa itu
Kiranya takdir mengizinkan
Inginku kembali padamu
Meneruskan cinta yang lalu
Kerana kau yang aku sayangi( korus )
Akan kusimpan kenangan cinta kita
Yang tak akan terpadam selamanya
Kehangatan cintamu masih aku terasa
Seperti baru semalam kita berpisah
Tangisan sedu di hatiku
Menahan kepedihan ini
Sendiri aku mengenangkanmu
Hanya engkau yang aku sayangi
( ulang korus )

Wednesday, May 19, 2010

Minggu peperiksaan semakin hampir..

Dalam tidak sedar, kita telah menghampiri pertengahan tahun 2010. Rasanya banyak yang telah dibuat dan bakal dijalankan mengikut perancangan.. sama ada di sekolah, dalam pengakap ataupun dalam segala aktiviti..
Bagi orang disana, tidak tahu pula bagaimana keadaan.. Harap-harap sihat dan ceria selalu..
Minggu depan para pelajar akan mula berjuang dalam peperiksaan pertengahan tahun. Bagi aku pula, ini bermakna peperiksaan UPSR semakin dekat dan ketusan tahun ini amat penting..
Memang keadaan peperiksaan akan memberi tekanan yang amat berat samaada pada guru serta pelajar.. cara untuk mengurangkannya juga ada pelbagai cara.. cuma kita perlu bijak memilih saada ianya baik ataupun buruk..
kepada pelajarku.. SEMOGA KALIAN MENJAWAB DENGAN TENANG SOALAN PADA MINGGU DEPAN!!!

Adam Ahmad - kau pergi jua,...

Wajahmu
Seindah serinya pelangi yang indah
Seharum mawar putih segar berkembang
Wajahmu
Mengapa sering terbayang dimataku
Sehingga terbawa didalam mimpiku
Sayangku
Tahukah kau didalam hatiku ini
Tersimpan perasaan cinta nan suci
Kau bunga
Ingin kusuntingmu menjadi milikku
Lantas kuabadikan dalam jiwaku
Sayangnya
Harapan yang selama ini kubawa
Hancur berkecai musnah jua akhirnya
Semuanya bagaikan sebuah mimpi
Kau pergi jua
Setelah cinta ku kini membara
Belum sempat kucurahkan kasihku
Kau pergi tak kembali...

Sunday, May 16, 2010

Cgu makmal komputer...heheh

Hahahha.. antara guru yang menghangatkan keadaan SK Kuala Jenderis...
Ni antara yang biasa lepak dengan aku di makmal komputer..
tempat paling strategik bagi rehatkan minda...

Saturday, May 15, 2010

Sajak azimat sehingga hari ini....

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,
guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat

Terima Kasih Cikgu..


Kenangan waktu persekolahan memang amat meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri ini. Seolah-olah ingin diputarkan semula masa bagi merasai
keriangan itu.. huhuh Emm.. barulah ku akui bahawa masa itu emas dan hayatilah masa pinjaman ini dengan sebaik-baiknya supaya berjaya didunia dan akhirat...

Saturday, May 8, 2010

Khemah....skkj 2010










Faizal Tahir - Gemuruh (Lagu Tema MyStarz LG)
Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti
Ulang :
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa