Januari telah berjaya kita lalui dengan penuh kesabarab dan ketekunan,
baik dalam pekerjaan mahupun dalam arus kehidupan.
tetapi ada satu yang kita sering terlupa, disebalik fokus kepada pekerjaan,
kita lupa bahawa diri kita juga perlu rehat serta hiburan.
Terima kasih Januari kerana memberi banyak pengalaman baru serta
menambah rencah dalam kehidupan ini.
Semoga dengan kedatangan Febuari lebih lancar perjalanannya.
Febuari dapat memberi satu inspirasi kepada diri kita,
beramal,bekerja, belajar serta tumpuan kepada keluarga.
Khamis ini bermulalah satu lagi perjuangan dalam menjayakan
Program Kelana Peringkat Negeri di Kem Telaga Batin, Kuala Terengganu.
Semoga harap-harapnya berjalan lancar semuanya.
Suratan Atau Kebetulan
Kenny Remy Martin
(Kenny Tay / Habsah Hassan)
Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan
Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan
( korus 1)
Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati
( korus 2 )
Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus
Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan
( ulang dari korus 1)
No comments:
Post a Comment