Tertarik dengan artikel akhbar baru-baru ini.. "Polis adalah barisan hadapan negara".
Jadi terfikir pula kita sebagau guru.. dibarisan manakah kita?Emm.. mungkin berbeza-beza bagi setiap guru jawapannya.
Guru tidak pernah luntur semangatmya,
bekerja tidak mengira masa,
tidak pernah membantah,
sanggup menunggu bertahun-tahun bagi pertukaran,
sentiasa memikirkan hal ehwal anak murid sehinggalah nak melelapkan mata,
sentiasa bergelumang dengan karenah dan suasana pengurusan,
menjadi tukang kebun sekolah,
menjahit langsir kelas serta menghiaskan kelas,
menjadi juralatih sukan, walaupun tiada sijil kejurulatihan...
menjadi kerani, dalam membantu melicinkan pengurusan sekolah..
Itu hanya sedikit pengamatan suasana sebenar di sekolah. Tetapi Alhamdulillah, segalanya dilakukan dengan hati yang ikhlas kerana kitalah pendidik... Mendidik dari segi rohani dan jasmani.. Jadi dimanakah letaknya Guru? Dibarisan hadapan?tengah?atau belakang?
Dimanapun kita diletakkan pastikan niat dihati sebagai pendidik tidak berubah...
No comments:
Post a Comment