Minggu ni pelabagai kejadian aneh dan pelik berlaku... Bermula pada minggu lepas lagi sebenarnya. PPD telah datang bagi melakukan siasatan mengapa pertukaran banyak dipohon... Oleh yang demikian, maka Gunung Berapi meletuplah...
Biasalah, sesetengah manusia ini pandai berlakon dan menjadi talam yang bermuka-muka...
Segalanya telah bocor ke pengetahuan Gunung Berapi.....
Kita sebagai guru biasa hanya sebagai mentimun dan patutkah menjadi pak angguk sahaja? Guru hendaklah mengikut arahan yang dikeluarkan, walhal arahan itu memang dari seorang pentadbir yang kurang cekap. Bukan mengatakan diri kita hebat, tetapi pengalaman bersama para pentadbir yang hebat telah mematangkan kita. Dari cara bekerja, mengajar, mengurus dan bergaul dengan komuniti disekolah. Sekiranya suasana sekolah suram dan penuh dengan tekanan, kualiti P&P juga merosot. Sekiranya kalian mendapat GB yang kepala batu dan berkuasa kuku besi, sabar sahajalah jawabnya. Kita hanya guru yang dilabel Pak Angguk. Apa sahaja arahan YES BOSS... Tetapi bukan bagi semua, ada sesetengahnya yang lantang dan berani bersuara bagi tujuan yang baik. Guru-guru inilah pula akan dilabelkan bermasalah dan pemberontak disekolah. Dunia pendidik ini penuh onak dan duri, duri yang sengaja diletakkan oleh insan yang bernama guru juga yang merasakan diri mereka telah banyak pengalaman. Walhal setiap kali berada disesebuah sekolah, GB inilah yang selalunya bertengkar dengan guru.. Adalah silap bila melantik seorang Penolong Kanan yang banyak menimbulkan masalah disetiap sekolah sebagai GB. Pihak yang berwajib seharusnya mengkaji semula polisi lantikan para GB agar GB yang seolah-olah mempunyai masalah jiwa ini dapat dielakkan berkhidmat sebagai seorang pentadbir yang tidak cekap....
Bagiku, segala penglibatan dalam aktiviti luar mungkin akan terkubur kerana larangan terlibat dengan apajua aktiviti luar dari Gunung Berapi kepada PPD. Mungkin Kursus Manikayu di Sekayu minggu ini adalah yang terakhir bagiku kerana aku telah bertekad untuk menamatkan penglibatan dalam aktiviti luar sebagai tanda protes keatas kelemahan PPD dalam menguruskan hal ehwal Gunung Berapi yang bermasalah disekolahku....
Mungkin selepas semua ini telah kembali tenang, penglibatanku dalam aktiviti luar akan kembali diteruskan semula......
No comments:
Post a Comment