Cuti tapi bekerja?

Pasti ramai yang menganggap bila cuti panggal persekolahan, maka para guru-guru turut sama bercuti atau bermalas-malasan dirumah.
Hakikatnya, guru terpaksa menjalankan tanggungjawab dengan menghadiri kursus, menjalankan tugas perkeranian ataupun bersangkutan data sekolah dan banyak lagi sekiranya handak di listkan.
Pesanan ini selalu saya berikan kepada murid-murid yang bercita-cita menjadi guru, jangan anggap perkerjaan sebagai pendidik ini mudah. Ianya penuh onak dan liku yang menguji kesabaran serta mematangkan setiap tindakan yang bakal kita ambik.
Kepada semua rakan guru, saya mengucapkan selamat melapangkan fikiran dimusim cuti penggal persekolah 2009 yang bermula hari ini...

Munajat cinta???

The Rock feat. Ahmad Dhani - Munajat Cinta
malam ini ku sendiri,
tak ada yang menemani,
seperti malam-malamyang sudah-sudah
hati ini selalu sepi,
tak ada yang menghiasi,
seperti cinta ini,
yang selalu pupus
tuhan kirimkanlah aku
kekasih yang baik hati
yang mencintai akuapa adanya
mawar ini semakin layu
tak ada yang memiliki
seperti aku ini
semakin pupus......

Adakalanya kita tertanya-tanya, apakan ada dengan sesebuah lagu yang kita buat ringtone atau lagu sms.. tetapi pada hakikatnya, ia secara perlahan-lahan mempengaruhi persekitaran serta sahabat handai kita. Sebagai contoh, baru-baru ini saya telah menjadikan lagu munajat cinta sebagai ringtone, tanpa disedari ada seorang rakan sebenarnya amat berminat dengan lagu tersebut tetapi malu untuk bertanyakan tajuknya. Ada pula rakan tanpa disedari terus menghafal ringtone tersebut walaupun dia tidak mengetahui tajuk lagu tersebut. Adakalanya pula kita tengah mendengar lagu ini dan tiba-tiba teman menghantar sms yang telah lama dinantikan.. Disini dapat kita rumuskan bahawa muzik serta lagu mempunyai aura serta keajaiban yang tersendiri...

Tanggungjawab

Adakalanya kita terpaksa suarakan sesuatu yang mungkin adakalanya akan membuatkan ketidaksenangan bagi rakan-rakan. Walau banyak mana kita fikirkan kita perlu nyatakan ketidakpuasan hati kita dengan rakan-rakan. Jika hanya memendam rasa sahaja, sudah pasti hanya menunggu masa bagi meletup sahaja. Adakalanya kita tidak menyedari kita telah menjatuhkan imej rakan bila berbicara. Janganlah mendedahkan kelemahan dalaman kerana ia bukan satu jalan penyelesaian. Setiap masa kita cuma melaksanakan tanggungjawab kepada sesuatu tugas yang diberikan sebaik mungkin. Cuma apabila sekali sahaja berlaku permasalah kita akan dipandang negatif. Sudah menjadi lumrah yang buruk amat muadah diingati oleh setiap orang, tetapi kebaikan yang dilakukan amat mudah ditiup oleh angin dan berlalu pergi begitu sahaja. Keseronokkan menjalankan tanggungjawab serta tidak memberi impak negatif kepada rakan serta komuniti perlu diutamakan. Sama-samalah kita renung dan fikirkan diri kita ini.....

Pengalaman baru...

Minggu ni pelabagai kejadian aneh dan pelik berlaku... Bermula pada minggu lepas lagi sebenarnya. PPD telah datang bagi melakukan siasatan mengapa pertukaran banyak dipohon... Oleh yang demikian, maka Gunung Berapi meletuplah...
Biasalah, sesetengah manusia ini pandai berlakon dan menjadi talam yang bermuka-muka...
Segalanya telah bocor ke pengetahuan Gunung Berapi.....
Kita sebagai guru biasa hanya sebagai mentimun dan patutkah menjadi pak angguk sahaja? Guru hendaklah mengikut arahan yang dikeluarkan, walhal arahan itu memang dari seorang pentadbir yang kurang cekap. Bukan mengatakan diri kita hebat, tetapi pengalaman bersama para pentadbir yang hebat telah mematangkan kita. Dari cara bekerja, mengajar, mengurus dan bergaul dengan komuniti disekolah. Sekiranya suasana sekolah suram dan penuh dengan tekanan, kualiti P&P juga merosot. Sekiranya kalian mendapat GB yang kepala batu dan berkuasa kuku besi, sabar sahajalah jawabnya. Kita hanya guru yang dilabel Pak Angguk. Apa sahaja arahan YES BOSS... Tetapi bukan bagi semua, ada sesetengahnya yang lantang dan berani bersuara bagi tujuan yang baik. Guru-guru inilah pula akan dilabelkan bermasalah dan pemberontak disekolah. Dunia pendidik ini penuh onak dan duri, duri yang sengaja diletakkan oleh insan yang bernama guru juga yang merasakan diri mereka telah banyak pengalaman. Walhal setiap kali berada disesebuah sekolah, GB inilah yang selalunya bertengkar dengan guru.. Adalah silap bila melantik seorang Penolong Kanan yang banyak menimbulkan masalah disetiap sekolah sebagai GB. Pihak yang berwajib seharusnya mengkaji semula polisi lantikan para GB agar GB yang seolah-olah mempunyai masalah jiwa ini dapat dielakkan berkhidmat sebagai seorang pentadbir yang tidak cekap....
Bagiku, segala penglibatan dalam aktiviti luar mungkin akan terkubur kerana larangan terlibat dengan apajua aktiviti luar dari Gunung Berapi kepada PPD. Mungkin Kursus Manikayu di Sekayu minggu ini adalah yang terakhir bagiku kerana aku telah bertekad untuk menamatkan penglibatan dalam aktiviti luar sebagai tanda protes keatas kelemahan PPD dalam menguruskan hal ehwal Gunung Berapi yang bermasalah disekolahku....
Mungkin selepas semua ini telah kembali tenang, penglibatanku dalam aktiviti luar akan kembali diteruskan semula......