Sunday, January 11, 2009

GB Mesra

Semua orang selesa dengan kemesraan.. Hj. Hadzali. Itulah GB yang paling berjiwa keguruan yang pernah saya jumpa. Terima kasih kepada beliau kerana berkongsi pengalaman yang boleh saya praktikkan dalam dunia pendidikan yang mencabar dari sehari kesehari. GB seperti ini sentiasa mesra dengan semua orang dan cukup payah menunjukkan rasa tertekannya serta kemarahannya. Jangan silap kerana GB seperti ini selalunya hanya berlapik apabila berkata-kata. Kita hanya akan cepat terasa apabila buah pandangan yang diberikan oleh beliau terkena pada kita. Secara tidak langsung perasaan segan dengan beliau akan membuatkan kita bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh. Cukup payah untuk kita melihat GB yang dapat ketawa dan berjenaka bersama para pekerja sekolah terutamanya makcik dan pakcik yang membersihkan kawasan sekolah.. Tetapi GB seperti ini memberikan kemesraan tanpa memperlihatkan perbezaan pangkatnya sebagai GB dengan tukang sapu.. Jika difikirkan suasana disekolah lebih berpengaruh dengan adanya GB yang dapat membawa suasana yang ceria!! Ada juga sesetengah yang datang dengan muka yang masam dan sentiasa serius serta pada awalan pagi sudah berleter kepada budak-budak sekolah rendah dengan kata-kata yang cukup keras seperti para pelajar sudah ke sekolah menengah. Bagi saya yang baru setahun jagung dalam dunia pendidikan ini, kita perlulah membudayakan suasana sekolah yang ceria serta mewujudkan persekitaran kerja dengan bersama-sama. Bersama-sama disini tidaklah bermaksud kita sama taraf dengan GB, tetapi rasa hormat kepadanya lebih tinggi melalui perwatakan yang ceria dan sentiasa ketawa dan lawak jenaka yang membuatkan kita selesa bersamanya...
Buat Hj. Hadzali, terima kasih atas tunjuk ajar serta nasihat.. akan saya kenang sebagai GB yang dihormati oleh saya dan semoga menempuh alam persaraan dengan penuh bermakna. Sikap dan tanggungjawab anda akan sentisa saya contohi sebagai panduan menempuh perjuangan sebagai seorang pendidik.....

Monday, January 5, 2009

Negara Israel...

Alhamdulillah... sesi persekolahan telah berjalan masuk hari yang ke tiga.. article tentang GB saya tangguhkan dulu.. semalam sempat menonton berita dan rasa terharu dengan nasib rakyat di Gaza. Sedih melihat kanak-kanak yang tidak berdosa terkulai tidak bernyawa. Rasa beruntung kerana tinggal di Malaysia!! I am proud to be Malaysian...
Apa faedahnya berbunuhan?? rasanya Israel masih menjadikan Umat Islam Gaza sebagai batu loncatan dalam pilihanraya di negara mereka. Sejenak memikirkan kita berada di Gaza.. apa yang boleh kita lakukan? Jika kita yang hidup dalam kesenangan sekarang berada disana sudah pasti hanya mampu menitiskan air mata dan lari menjadi pelarian di negara lain... Alhamdulillah, kepada pejuang-pejuang Islam di Gaza, semangat kalian akan kami jadikan sebuah azimat bagi meneruskan hidup apabila berdepan dengan kesusahan.
Bersamalah kita berdoa moga-moga keamanan dan kedaulatan Palestin kembali.... Amin..

Sunday, January 4, 2009

GB pejabat

Pengalaman mempunyai guru besar seperti ini dapat dirasai sendiri pada tahun 2005. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar walaupun kita cukup payah melihat Gb di luar daripada pejabat sekolah(kecuali tandas dan di kantin). walaupun susah untuk melihat kelibatnya, saya dapat menimba beberapa pengalaman baru berkenaan hal2 pentadbiran sekolah. mungkin pada masa itu masih baru dan selalunya digelar penyapu baru... setiap tugas yang diberi dijalankan dengan bersemangat. walaupun hanya dapat kita berjumpa dengan GB di pejabat, jangan bimbang kerana setiap hal berkenaan pentadbiran sentiasa dipantau olehnya. bila kita mendekatkan diri kepadanya, berulah kita dapat mengenal lebih lanjut perwatakan sebenarnya. Beliau merupakan seorang yang cukup peramah apabila di luar sekolah, tetapi amat serius apabila berada di sekolah... mungkin beliau memegang perinsip ada batas antara setiap pekerja dan juga pentadbir. ini mungkin kerana ada sesetengah para guru yang mengambil kesempatan jika GB di sekolah itu berlembut.... Semuanya berasaskan hati dan niat kita sendiri. Kepada para pendidik yang akan keluar dan berjuang di medan perguruan ini, harap-harapnya sabar dan timbalah seberapa banyak pengalaman yang boleh kerana ia akan menjadi bekalan yang berguna untuk masa yang mendatang.. SELAMAT MELANGKAH KE ALAM PENDIDIKAN KEPADA GURU-GURU BARU YANG BERPOSTING!!!!

Saturday, January 3, 2009

Bercuti dan kembali berjuang....

Setelah cuti panjang dan hampir rasa kebosanan.. hari ini para guru-guru rasanya kembali berjuang semula meneruskan tradisi mencurahkan bakti kepada anak-anak bangsa... Teringat sajak agung tentang para guru yang biasanya dibacakan sempena Hari Guru pada setiap tahun... Harapan melihat anak didik berjaya sudah pasti menjadi agenda utama.. tetapi para guru berjuang juga dengan sistem dan cara pentadbiran sekolah.. walaupun pengalaman hanya sekelumit sahaja.. tetapi saya telah berada dibawah beberapa orang pentadbiran guru besar.. lain padang.. lain belalang.. ada yang bercorakkan pejabat, ada bercorakkan kemesraan, ada yang bercorakkan tadisi.. apayang dimaksudkan???
ikutilah kupasan selanjutnya dalam penulisan blog yang akan datang....
kepada semua guru di Malaysia, saya ucapkan SELAMAT KEMBALI MENERUSKAN TANGGUNGJAWAB YANG DIPIKUL DENGAN SEMANGAT YANG TIDAK BERBELAH BAGI....