Sunday, November 9, 2008

lawatan sekolah ku....


Antara gambar-gambar yg sempat diuploadkan....

Tertidur keletihan...



Di A Famosa....


Saturday, November 8, 2008

Lawatan ke Kuala Lumpur...

Memang cukup meletihkan... Dalam ramai-ramai cikgu lelaki di sekolah SKKJ hanya aku sorang jer yang jadi pengiring untuk lawatan ke KL dan Melaka... Besar tanggungjawab bersama dua lagi guru wanita... almaklum sahajalah, keadaan di kotaraya tidaklah sama seperti tahun-tahun dahulu... kes-kes jenayahberleluasa dan sudah pastilah memerlukan kita tidak leka semasa mengawasi para pelajar...
Maap kepada rakan-rakan kerana tidak dapat membawa balik apa-apa buahtangan dari kl. hanya gambar sahaja yang dapat dikongsi bersama... tidak ada masa langsung bagi shopping dan beli buahtangan untuk rakan-rakan...
Hari yang terakhir ramai pelajar yang sudah kehabisan duit, ada antara tidak dapat makanpun... masa inilah timbulnya rasa tanggungjawab sebagai seorang guru... Hai, betullah senikata lagu seumpama lilin dari kumpulan pelangi.. hai lawatan tahun hadapan harap-harap dapatla kiranya bertambah seorang guru yang komited pada anak bangsa....!!!

Sunday, November 2, 2008

Kursus dan Lawatan.....

Minggu ini lebih berat... sejak 2 munggu lepas tidak berada dirumah.... adakah rumah sudah menjadi tempat persinggahan sahaja??? Almaklum saja lah... menjelang cuti sekolah, pelbagai kursus yang dijalankan... minggu sudah perkhemahan pengakap, yang berlangsung selama 28 Oktober hingga 1 November bertempat di Taman Pertanian Sekayu... Hai... SKKJ hanya menghantar seorang wakil sahaja.. tapi sekurang-kurangnya pendedahan awal kepada pelajar... sabor jer la... mungkin budak-budak lain lebih teruja hendak mengikuti lawatan ke Kuala Lumpur dan Melaka pada 4 November hingga 6 November....
Mungkin tahun hadapan nak mencadangkan kepada pentadbir supaya memperkasakan lagi pergerakan pengakap... Gembira melihat para pengakap dari sekolah lain yang ramai menghantar peserta bagi Korobori 2008!!!!