Monday, April 5, 2010

Time kita buat dia terasa..

Salam April..
Sungguh tidak disangka, rupanya cara seseorang menangani masalah adalah berlainan..
Mengapa kita tidak boleh berfikir untuk bersama melancarkan kerja yang diberikan secara bersama?
Dilema ini telah dihadapai beberapa minggu lepas...
Sekiranya anda ingin melakukan kerja yang baik, baik anda mulakan pertimbangan dengan melakukannya dihadapan orang.. Pada masa kini, kerja yang dilihat barulah dikatakan anda bekerja.. dan sekiranya anda melakukan kerja tanpa disedari orang, anda akan dilabelkan seorang yang pemalas serta tidak pandai bersosial serta bergaul....
Baru-baru ini ada seorang rakan yang telah berjaya mnyelesaikan kerja pada saat-saat akhir, walaupun muka mencuka dan segala serba serbi menunjukkan protes, akhirnya dia berjaya menyelesaikannya.. Tahniah. Lainkali buatlah persiapan awal dan berkan kata putus awal supaya semua kerja berjalan lancar..
Moral of the story, kuiskan ego kita sedikit supaya kita dapat bersama-sama menyelesaikan sesuatu kerja itu dengan baik walaupun pandangan berbeza tetapi matlamat yang sama...
Sekiranya anda arif dalam sesuatu hal, cuba libatkan rakan-rakan lain.. tetapi sekiranya rakan buat-buat seolah-olah lembu kenyang walaupun diberitahu serta ditanya beratus kali.. abaikannya, buatlah kerja itu sendirian.. Ikhlaskan diri, mungkin bila kita dalam kesusahan ada insan lain akan membantu kita...
Akhir sekali, berwaspadalah dengan golongan yang suka mendabik dada serta bertopeng dihadapan kita manis tuturkata, tetapi dibelakang kita dialah yang menghentam.. Golongan ini jugalah yang suka memperbesarkan benda yang kecil dan tidaklah sepenting mana.
Asam garam kehidupan dan warna warni alam pekerjaan yang memang cukup mematangkan kita.....

No comments: