Monday, March 29, 2010

Cara kerja...

Dalam menyelesaikan tugasan terdapat pelbagai ragam..hehehe
Pernah atau tidak anda perhatikan cara orang sekeliling menyelesaikan tugasan mereka?
Adakalanya kita akan ketawa... ada kalanya kita rasa bosan... adakalanya kita akan merasa marah... Tapi kita kenalah juga cermin-cerminkan diri kita sebelum melihat orang lain.. inilah yang menjadi benteng bagi kita untuk mengelakkan berlakunya sebarang konflik sesama rakan setugas atau rakan kerja.

Bagaimana sekiranya anda berhadapan dengan rakan yang buat cam best jer...hehheh.. Senang sahaja, buat per kisahkan dia..biarkan sahaja.. asalkan dia tidak mengganggu ketenteraman anda....heheh

Bagaimana sekiranya anda berhadapan dengan rakan yang kaki bodek....heheheh..senang juga, sampai masanya orang akan nampak juga yang dia tu kaki bodek...

Bagaimana sekiranya anda berhadapan dengan rakan yang kaki baran...heheh.. susah jugak nie.. adamasanya silap-silap kena tepis menepis gak nie... jadi lengkapkan diri dengan 2,3, bijik buah silat....huhuh

Bagaimana sekiranya anda berhadapan dengan rakan yang egois...hehhe.. ikut jer ego dia tu, orang cam nie kita tidak boleh merendahkan egonya, kalo tidak dia mudah terasa dan sebenarnya jiwanya cukup sensitif serta cepat terasa walaupun dia nampak dari luaran begitu berkarisma..hehheeh

Bagaimana sekiranya anda berhadapan dengan rakan yang sentiasa dalam keadaan serabut... ehhehe.. jadilah pendengar yang setia dan ambillah pengalaman yang dia tempuh itu sebagai iktibar serta pengajaran supaya diri kita dapat elakkan dari perkara yang tidak sepatutnya...

Kesimpulanya, anda cuba-cubalah perhatikan bagaimana cara rakan-rakan sekeliling bekerja... Sesungguhnya alam pekerjaan ini amatlah mencabar dari alam persekolahan dan belajar dulu...hehehehehe

No comments: