Friday, January 22, 2010

Antara lalang-lalang yang tumbuh

Salam bloggers...
Adakah kita pernah rasa bagaimana menjadi lalang?
yang tidak tetap pendirian serta sentiasa bermuka-muka?
Itulah resmi yang patut dan paling kita jauhi. Adakalanya kita sentiasa bertopengkan dengan pelbagai watak yang akhirnya akan terpapar tanpa kita sedar ataupun tidak. Tajuk lalang bukanlah apa, sekadar luahan dan pemerhatian sesetengah situasi yang sering dapat dilihat disekitar kita. Contoh terdekat adalah disekolah.Ada yang bersungguh bekerja sehingga tidak tentu masa tetapi tidak dilihat hasilnya, ini berlaku kepada seorang bekas pekerja swasta yang disini. Walaupun dia bekerja seletih dan sebanyak manapun, dia tetap dilabel malas, melawan serta yang paling buruk sekali GILA..huhuh.. Lumrah kehidupan, lidah memang tidak bertulang.. Walaupun kenyataan itu diungkapkan oleh seorang pekerja biasa disekolah tetapi perasan dirinya hebat walhal sekadar jaga sekolah yang menunggu hari-hari bersara sahaja. Mungkin dia seorang yang lama serta selalu bertenggek dengan setiap Guru Besar yang datang dan pergi, tetapi aku labelkan dia sebagai lalang. Tidak berani menegur kiranya perkara itu tidak betul dan balik awak kiranya GB tiada di sekolah. Sentiasa menyibuk seakan-akan dialah salah seorang yang mentadbir. Membuat cerita buruk kepada sesetengah orang.. Cermin-cermin diri dahulu.. Walaupun diri ini juga mempunyai kelemahan, tetapi walaupun kita guru, cuba-cubalah bercampur dan bertegur sapa dengan para pekerja sekolah, janganlah memandang status. Kita akan lebih dekat dan akan mendengar setiap permasalahan yang para pekerja swasta ini hadapi.. Tetapi apalah dayaku sebagai guru biasa, tidak sanggup pula menjadi lalang. Biarlah diri kita seadanya.

No comments: