Wednesday, December 9, 2009

Selamat Bercuti semua warga pendidik..

Alhamdulillah.. syukur, kita dah melalui minggu cuti sekolah dengan berbaki 3 minggu sahaja lagi... Apa yang telah kita lakukan sepanjang cuti persekolahan? Adakah kita hanya sekadar bercuti? Disini ingin dikongsi beberapa perkara yang kebiasaannya berlaku disepanjang cuti persekolahan...

1. Dipanggil berkursus selama dua atau tiga hari.
2. Terlibat dengan kelas cuti terancang.
3. Final xam bagi yang sambung belajar...(semoga berjaya)
4. Menyusun bank soalan bagi tahun hadapan.
5. Terlibat dengan seminar ataupun aktiviti sukan
6. Menyiapkan tugasan atau sebarang kerja di sekolah.
7. Menjadi guru bertugas disepanjang minggu.
8. Membuat jadual sekiranya terlibat dalam JK Jadual..dan sedialah untuk disembur bila sekolah mula dibuka nanti...heheheeh
9. Bertugas sebagai petugas banjir sekiranya sekolah dibuka sebagai pusat penempatan mangsa banjir.
10. Mengisi serta memperbarui data sekiranya terlibat dengan pengurusan data.

Sesungguhnya sekiranya ada yang mengatakan bahawa guru berehat disepanjang cuti persekolahan, ianya hanya setengah sahaja yang benar...hehheheh

No comments: