Friday, December 18, 2009

Niat..


Kadangkala niat kita sering disalah ertikan. Suatu perbuatan yang baik cukup payah untuk diingati, tetapi apabila tiba pada sesuatu perkara yang buruk cukup senang dicanag serta diwar-warkan seantero dunia.

Itu hakikat sebuah kehidupan, sesungguhnya setiap perkara yang baik akan sentiasa dilakukan tanpa sebarang niat dihati untuk menerima pujian serta balasan. Sesungguhnya niah dihati kita ini hanya kita dan tuhan sahaja yang mengetahuinya.

Sekiranya kita terhumban kesisi gelap kesalahan, masih ada ruang cahaya kemaafan sekiranya betul cara serta tindakan itu.

Pada waktu inilah semangat dari orang yang tersayang serta keluarga memainkan peranan yang begitu penting dalam mengembalikan kekuatan diri. Segala kesilapan memang sentiasa tersedia ruang kemaafan, tetapi suasana serta keadaan akan sedikit berbeza dek kedangkalan diri kita yang bernama manusia.......

No comments: