Selamat Tahun Baru dan Outing semasa di K.L bersama Hafiz..


Try shoot gambir yg bergerak laju... tengah best2 ada subjek yg lalu...

Simpang tiga di sebelah Dataran Merdeka

Lorong kedai kecil di Masjid India





View dari jejantas menuju SOGO...

Hadapan Bazar Masjid India..

T.Q Hafiz, menemani outing sepetang menapak ke SOGO..

Antik tak???hehehhe...

TZM nie nampak laju tak?

Subjek off frame...huhuh

15 minit menunggu monorell ni melintas...
Alhamdulillah.. selamat pergi dan selamat kembali dari Kuala Lumpur menemani ayahanda tercinta bagi temuduga PTK.. Sambil di tinggalkan di Hotel Kuala Lumpur International, sempat juga saya outing bersama Hafiz, teman semaktab dulu dari IPBA...
Bertolak dari Jalan Chow Kit menapak menuju ke Dataran Merdeka satu pengalaman yang menakjubkan.. pelbagai warna warni dan rencah kehidupan di K.L berjaya dilihat.
Apapun kami sempat berkongsi pengalaman serta pendapat mengenai teknik baru fotografi dengan teknik try and error.. maklumlah kami budak baru belajar...huhuhhu
Dikesempatan ini juga, ingin mengucapkan selamat tahun baru 2010 bagi semua rakan-rakan... Semoga tahun 2010 dapat ditempuh dengan penuh kesabaran dan ketakwaan... Insyaallah....
Sesungguhnya kehidupan ini sentiasa berubah dan memerlukan panduan menuju ke jalan kebenaran.....


Niat..


Kadangkala niat kita sering disalah ertikan. Suatu perbuatan yang baik cukup payah untuk diingati, tetapi apabila tiba pada sesuatu perkara yang buruk cukup senang dicanag serta diwar-warkan seantero dunia.

Itu hakikat sebuah kehidupan, sesungguhnya setiap perkara yang baik akan sentiasa dilakukan tanpa sebarang niat dihati untuk menerima pujian serta balasan. Sesungguhnya niah dihati kita ini hanya kita dan tuhan sahaja yang mengetahuinya.

Sekiranya kita terhumban kesisi gelap kesalahan, masih ada ruang cahaya kemaafan sekiranya betul cara serta tindakan itu.

Pada waktu inilah semangat dari orang yang tersayang serta keluarga memainkan peranan yang begitu penting dalam mengembalikan kekuatan diri. Segala kesilapan memang sentiasa tersedia ruang kemaafan, tetapi suasana serta keadaan akan sedikit berbeza dek kedangkalan diri kita yang bernama manusia.......

Salam Maal Hijrah 1431


Salam Maal Hijrah 1431…
Hidup penuh jalan berliku.....
semoga Allah memberkati kita dengan iman yang kukuh, rezeki yang berkat, akhlak yang terpuji, kesabaran yg tinggi dan kasih sayang dari semua makhluk disekeliling kita….amin…

Dibarisan manakah Guru?

Tertarik dengan artikel akhbar baru-baru ini.. "Polis adalah barisan hadapan negara".
Jadi terfikir pula kita sebagau guru.. dibarisan manakah kita?Emm.. mungkin berbeza-beza bagi setiap guru jawapannya.
Guru tidak pernah luntur semangatmya,
bekerja tidak mengira masa,
tidak pernah membantah,
sanggup menunggu bertahun-tahun bagi pertukaran,
sentiasa memikirkan hal ehwal anak murid sehinggalah nak melelapkan mata,
sentiasa bergelumang dengan karenah dan suasana pengurusan,
menjadi tukang kebun sekolah,
menjahit langsir kelas serta menghiaskan kelas,
menjadi juralatih sukan, walaupun tiada sijil kejurulatihan...
menjadi kerani, dalam membantu melicinkan pengurusan sekolah..

Itu hanya sedikit pengamatan suasana sebenar di sekolah. Tetapi Alhamdulillah, segalanya dilakukan dengan hati yang ikhlas kerana kitalah pendidik... Mendidik dari segi rohani dan jasmani.. Jadi dimanakah letaknya Guru? Dibarisan hadapan?tengah?atau belakang?
Dimanapun kita diletakkan pastikan niat dihati sebagai pendidik tidak berubah...

Selamat Bercuti semua warga pendidik..

Alhamdulillah.. syukur, kita dah melalui minggu cuti sekolah dengan berbaki 3 minggu sahaja lagi... Apa yang telah kita lakukan sepanjang cuti persekolahan? Adakah kita hanya sekadar bercuti? Disini ingin dikongsi beberapa perkara yang kebiasaannya berlaku disepanjang cuti persekolahan...

1. Dipanggil berkursus selama dua atau tiga hari.
2. Terlibat dengan kelas cuti terancang.
3. Final xam bagi yang sambung belajar...(semoga berjaya)
4. Menyusun bank soalan bagi tahun hadapan.
5. Terlibat dengan seminar ataupun aktiviti sukan
6. Menyiapkan tugasan atau sebarang kerja di sekolah.
7. Menjadi guru bertugas disepanjang minggu.
8. Membuat jadual sekiranya terlibat dalam JK Jadual..dan sedialah untuk disembur bila sekolah mula dibuka nanti...heheheeh
9. Bertugas sebagai petugas banjir sekiranya sekolah dibuka sebagai pusat penempatan mangsa banjir.
10. Mengisi serta memperbarui data sekiranya terlibat dengan pengurusan data.

Sesungguhnya sekiranya ada yang mengatakan bahawa guru berehat disepanjang cuti persekolahan, ianya hanya setengah sahaja yang benar...hehheheh