Monday, November 23, 2009

Taraf rawatan kakitangan kerajaan..

Alhamdulillah, kesihatan ayahanda saya semakin baik.. Rabu ini maka genaplah seminggu beliau dimasukkan ke wad. Mula di Hospital Hulu Terengganu sehinggalah dipindahkan ke wad 7CD di Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Apa yang menjadi terdetiknya perasaan terkilan dihati adalah betapa kakitangan kerajaan yang mempunyai GL diperkotak-katikkan...Hari pertama di HSNZ, makanda saya dimaklumkan oleh jururawat bertugas bahawa tiada wad 1st & 2nd di HSNZ semua sama.. Huhuhh.. Alangkah sadis dan dengkilnya alasan jururawat tersebut. Mungkin kerana melihat kami dari Hulu kot.... Terimakasih kepada rakan-rakan ayahanda yang membantu mendapatkan wad yang lebih selesa.. Ditambah pula dengan cubaan para pelatih perubatan memasukkan tiub dari lengan ke jantung bagi memantau kandungan air sebanyak lapan kali(wayar tidak cukup panjang, silap urat, wayar tersangkut)!!!!! Terima kasih diucapkan, tanpa sebarang ubat bius, lapan kali, tanpa pengawasan doktor pakar, pukul 5.30 pagi, darah yang berjebak-jebak keluar dari lengan ayahanda.. Anda bayangkan sendiri....
Disini kita dapat mengapriasasikan bahawa:
1. Sekiranya kita sakit, Hospital kerajaan akan memberi perkhidmatan yang 50-50... untung dapat rawatan yang baik, malang sekiranya para doktor atau jururawat tidak mencukupi..

2. GL kerajaan anda tidak menjadi pasport bagi mendapatkan rawatan yang baik. Ada sesetengah jururawat yang memberi kata-kata sinis, cuba pastikan samaada GL betul ataupun palsu dan tunggu hitam dan putih dari orang atasan....

3. Hospital kerajaan masih penuh dengan karenah birokrasi... Sekiranya Pengarah mengamok, maka para jaga akan turut mengamok tidak membenarkan pelawat yang menghantar barangan keperluan pesakit diluar waktu melawat...

4. Pastikan anda mempunyai rakan yang berkedudukan di Kementerian ataupun Hospital.. Sudah tentu anda akan terjaga dengan rapi. Sekiranya tiada, berserahlah kepada nasib...

5. Para doktor pelatih seolah-olah menjadikan pesakit subjek cubaan, seharusnya mereka menerangkan segala prosedur dengan rapi dan dipantau oleh doktor yang berpengalaman sekiranya ingin menjalankan sesuatu rawatan...

6. Wad yang bersesak seolah-olah kita di wad masa perang dunia ke-2 seperti dalam cerita-cerita Inggeris...Sepatutnya Pelan kecemasan tersedia dan cuma perlu diaktifkan dari semasa-kesemasa...

Apa-apa pun bukan semua gambaran negatif ini berterusan.. Alhamdulillah, rupa-rupanya wad yang berbeza akan memberikan perkhidmatan serta tenaga kerja yang berbeza... Diharapkan kita dapat melihat perkhidmatan yang sama rata di setiap wad... Atau kita boleh sarankan para orang berpangkat dalam Kementerian Kesihatan cuba menyelami permasalahan ini...1 Malaysia!!! eheheheh....

No comments: