Thursday, November 12, 2009

Heheeheeh.....( SMS yang dishare dari rakanku)

Pada suatu hari disekolah, seorang murid bertanya pada guru. Pada masa itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

Pelajar: "Cikgu, bagaimana kita hendak memilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macammana juga kasih sayang itu hendak berkekala...?".

Cikgu:"Baiklah, kamu ikut apa yang saya suruh...kamu berjalan di tengah padang sana sambil memandang rumput dihadapan kamu...Pilih yang paling cantik tanpa menoleh kebelakang walaupun sekali...Kamu petik rumput yang paling cantik dan bawakannya kesini..."

Apabila pelajar tersebut pulang kekelas, tiada sehelai rumput pun ditangannya....
Cikgu bertanya:" Mengapa tiada rumput yang dipilih?".

Pelajar:"Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi.. Tapi sampai dipenghujung padang, saya tidak jumpa rumput yang paling cantik. Mungkin ada diantara yang cantik dibelakang saya tadi tetapi cikgu cakap tidak boleh toleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang boleh saya petik.."

Cikgu:"Itulah jawapannya...Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada dihadapan kita sebaik-baiknya.. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap sudah berlaku.Semoga yang berlalu tidak berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Kalau mahu diikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi...

1 comment:

budak-kom said...

berita baik ni...tahniah...berita terima dan d fahami dengan baik...