Monday, June 15, 2009

Sakit itu penghapus dosa...

Semalam aku dikejutkan dengan berita sahabatku dimasukkan ke wad. Punca penyakitnya adalah pendarahan dalaman. Tetapi aku sedikit terkilan, rakan ku tidak mahu ke wad sebaliknya mencari pengubatan arternatif. Mungkin itu lebih selesa buatnya. Setiap oarang berfikir dan membuat keputusan secara rasional berkaitan diri mereka, oleh yang demikian kita perlu menghormati keputusan yang telah dia ambil... Jauh disudut hatiku, aku berharap dia akan segera mendapatkan rawatan dihospital secepat mungkin...
Petang ini juga aku mendapat sms dari rakan jauhku yang seperti artis. Dia mendapat MC selama dua hari.. Hai, best la dia ni seorang, cuti lebih dari rakan-rakan lain.. Harapnya demam cepat sembuh yer dan makan ubat ikut jadual... Mungkin kerana cuti dua minggu yang lama dan banyak makan gulai di majlis perkahwinan menunjukkan kesannya.. Apapun dapatkan rehat yang cukup.
Sakit itu penghapus dosa.
ALLAH Maha Besar, ALLAH Maha Berkuasa. Selayaknya Asmaul-Husna itu untuk DIA. Betapa kerdilnya diri kita yang baru sahaja dikuis sedikit dengan rasa sakit, sudah merungut dan mengeluh menyalahkan rasa itu yang menyukarkan kehidupan kita. Sepatutnya kita menghadapi rasa sakit itu dengan penuh kesabaran, kerana semua itu ujian daripadaNYA untuk hamba-hambaNYA yang beriman. Ujian ALLAH tak akan berhenti, ia akan berterusan hingga kita kembali kepadaNYA. Semakin beriman seorang hamba itu kepada ALLAH, semakin kuat ujian yang akan dihadapi. Betapa sayangnya ALLAH kepada kita. ALLAH menguji kita dengan berbagai-bagai ujian untuk melihat sejauh mana kita sabar dan setia kepadaNYA. Sejauh mana kita ikhlas menjadikan DIA KEKASIH SEJATI kita… Bagi yang kurang sihat buat masa ni, renung-renungkan diri anda kembali.

No comments: