A long journey....

Terlebih dahulu....tahniah dan selamat penggantin baru buat rakan dan sahabatku Affendi, semoga bahagia ke anak cucu handaknya....
Penat bercampur baur dengan perasaan gembira. Nampaknya janji kepada sahabatku yang seorang ni telah tertunai. Janji yang mesti dikotakan. Hanya tinggal Hafiz jer lagi yang belum menuntut janji.. Al maklumlah saling berjanji kami bertiga untuk datang kemajlis perkahwinan masing-masing seolah-olah baru semalam jer berlaku. Banyak untuk dikongsi dan dicerita.. tetapi masa amat mencemburui kami bertiga...
Bertolak pagi Sabtu dan selamat sampai di Kuala Lumpur pada petangnya... itu pun setelah sibuk terlibat dengan program Ujian Lencana Pengakap Daerah Hulu Terengganu yang berlangsung sejak hari Khamis. Sampai pada petang Sabtu, dikota raya Kuala Lumpur yang telah banyak berubah sejak ditinggalkan akhir 2003 dulu. Banyak memori suka dan duka di Kota yang menjadi tempat aku menimba pengalaman untuk menjadi seorang yang bergelar "guru" bermain dibenak fikiran... Terutamanya yang melibatkan kami bertiga...Hehehhe.. Life is not as simple as that you think...
Terima kasih kepada Hafiz yang sanggup menjadi teman disepanjang perjalanan, menumpangkan tempat bertiduran, menumpangkan tempat pemakanan dan sebagainya.. Lain kali boleh layan aku ronder KL dan foto shoot tak?
Pada perkiraan aku, Dari Trg ke KL =6 jam. Dari KL ke Ipoh=3 jam. Ipoh ke KL=3 jam. KL ke Trg = 6 jam... Huh..semuanya 18 jam diambil selama dua hari perjalananku!!! (patutlah bangun pukul 9 pagi tadi!!!) Biarlah semua ini menjadi kisah klasik untuk masa depan (shiela atas tujuh)..... hihihi...

















1 comments:

-fendi- said...

walaupun jauh ...
ko tetap dtg... thank bro..
sungguh terharu kawe..

nanty bila tiba masa ko lak... aku akan pastikan aku sampai ke sana..

-- dah khas thank to hafis too --

p/s : jgn wat mcm aku bagi kad lambat heheheeh wawawa