Thursday, April 2, 2009

Guru atau Pendidik?

Ada perbezaankah antara seorang guru atau pendidik? Adakah ianya sama sahaja? Pendapat saya, Guru adalah individu yang mengajar kita menulis dan membaca tidak kira samaada disekolah, pondok malahan di surau. Sekiranya disekolah, guru hanyalah individu yang menjalankan tugas mengajar kita didalam kelas.
Pendidik pula skopnya lebih luas. Didik dari segi pemikiran menguasai ilmu serta mendidik keperibadian individu yang dididik di sekolah.
Ini hanya persepsi saya sebagai seorang pendidik yang baru setahun jagung mengajar. Tidak dinafikan sekarang ini, ada berapa keratkah seorang guru yang sanggup berpanas serta berhujan bersama-sama para pelajar dimasa perhimpunan setiap pagi ahad? Para pelajar berpanas dan berpeluh di tapak perhimpunan... Para guru pula duduk dikerusi dibawah keteduhan atap... HIHIH.. masa kita belajar dulu tidak pula kita sedar yer... tapi bila kita menjadi seorang pendidik barulah kita mula berfikir.....

No comments: