Seminggu penuh dengan kerja!!!

Alhamdulillah.. Minggu lepas berjaya juga menyelesaikan beberapa tugasan penting. Sama ada di sekolah mahupun di tapak perkhemahan....
Aktiviti pengakap terpaksa berjalan dengan serentak dengan tiga program besar berlangsung serentak. Kursus manikayu, Ekspedisi mendaki Gunung Tebu dan Perkhemahan unit berubiform SMK berlangsung. Tahniah diucapkan kepada semua yang telah menjayakan program-program tersebut. Sesungguhnya, saya idup dengan tidak cukup masa minggu lepas. Tugasan disekolah berupa pendaftaran UPSR 2009 juga perlu dihantar pada minggu lepas. Maap kepada mana-mana rakan yang telefon ataupun sms yang masih saya tidak terjawab.
Minggu ini ada 2,3 tugasan juga yang perlu diselesaikan. Kertas peperiksaan OTI pulak akan menyusul untuk ditanda!!!!

Perkahwinan rakan IPBA...

Hai, hari yang ditunggu akhirnya menjelang. Terima kasih kepada Rahim(PIMO-A) dan juga Afendi(PIMO-B) kerana sudi mengundang saya ke majlis persandingan kalian. Afendi pada bulan empat di Perak dan Rahim pada bulan lima ini di Kelantan. Tahniah kepada anda berdua,jalankanlah tanggungjawab kalian nanti dengan sebaiknya. Insyaallah, sekiranya saya ada kelapangan sampai la ke majlis kalian itu. Kepada mana-mana rakan lain jom kita pakat-pakat serang umah mereka berdua!!!!!