Minggu yang sibuk...


Almaklum sahaja, minggu ini penuh dengan pengisian dari olahraga daerah hinggalah pengisian pendaftaran data upsr2009. Minggu depan terdapat pula perkhemahan, rasanya terpaksalah mendapatkan rehat yang secukupnya....Data upsr telah bermula pendaftaran yang kena hantar di ppdht pada 5 mac ini.. so bagi rakan-rakan yang sama-sama sibuk, cuba-cubalah menghappykan diri anda!!!!! Cuba-cubalah pergi berekreasi dan merehatkan minda... Selain itu, minat radio amatur juga memerlukan sumbangan tenaga... Usaha sedang dilakukan, semalam dapat juga bersalaman dengan orang istana, rakan ham 9w2cka Che Ku Anuar..











Bulan yang sibuk!!!

Maap kerana tidak dapat membuat penulisan blog.. Terlalu banyak yang perlu diuruskan. Bermula dengan pengisian data EMIS guru, Pendaftaran UPSR, Mesyuarat serta taklimat, Olahraga MSSDHT, PPSMI, Kursus dan sebagainya. Semua ini datang serentak dan tanpa diduga!!! Semua perlu disiapkan dan dibereskan selain dari P&P yang perlu berjalan. Hai, minggu depan terpaksa berpakaian PJ dan menghadiri kursus SEGAK pula.. Adakah aku seorang guru PJ??? Hari ini baru berakhir olahraga daerah. Sibuk menjadi pegawai padang. Ini merupakan kali pertama menjadi pegawai padang. Kebiasaannya hanya menjadi pegawai balapan. Tugasan yang hanya perlu angkat bendera sama ada putih ataupun merah sahaja.... Adakalanya, sesuatu yang kita lakukan itu menimbulkan kepuasan pada diri. Di olahraga ini kita dapat berjumpa dengan rakan-rakan dari sekolah lain dan berlainan bidang. Pendek kata, olahraga ini hanyalah tempat pertemuan para rakan perguruan didaerah Hulu, berkongsi dan bertukar pengalaman serta pendapat. Rakan yang telah lama tenggelam, akhirnya timbul semuala dan perjumaan ini pastilah sehingga tahap bertukar-tukar nombor telefon yang baru. Itu belum lagi memasuki peringkat melihat para YL yang melintas dihadapan, masing-masing akan memberi tumpuan yang penuh. Tahun ini mencatatkan sejarah sekali lagi. Keempat-empat tudung tiub besi tayar kereta hilang! Silap aku juga, lastday lupa nak cabut dan simpan. alih-alih, balik ke rumah tadi tengok-tengok semuanya dah dihilang!!!