Sunday, January 11, 2009

GB Mesra

Semua orang selesa dengan kemesraan.. Hj. Hadzali. Itulah GB yang paling berjiwa keguruan yang pernah saya jumpa. Terima kasih kepada beliau kerana berkongsi pengalaman yang boleh saya praktikkan dalam dunia pendidikan yang mencabar dari sehari kesehari. GB seperti ini sentiasa mesra dengan semua orang dan cukup payah menunjukkan rasa tertekannya serta kemarahannya. Jangan silap kerana GB seperti ini selalunya hanya berlapik apabila berkata-kata. Kita hanya akan cepat terasa apabila buah pandangan yang diberikan oleh beliau terkena pada kita. Secara tidak langsung perasaan segan dengan beliau akan membuatkan kita bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh. Cukup payah untuk kita melihat GB yang dapat ketawa dan berjenaka bersama para pekerja sekolah terutamanya makcik dan pakcik yang membersihkan kawasan sekolah.. Tetapi GB seperti ini memberikan kemesraan tanpa memperlihatkan perbezaan pangkatnya sebagai GB dengan tukang sapu.. Jika difikirkan suasana disekolah lebih berpengaruh dengan adanya GB yang dapat membawa suasana yang ceria!! Ada juga sesetengah yang datang dengan muka yang masam dan sentiasa serius serta pada awalan pagi sudah berleter kepada budak-budak sekolah rendah dengan kata-kata yang cukup keras seperti para pelajar sudah ke sekolah menengah. Bagi saya yang baru setahun jagung dalam dunia pendidikan ini, kita perlulah membudayakan suasana sekolah yang ceria serta mewujudkan persekitaran kerja dengan bersama-sama. Bersama-sama disini tidaklah bermaksud kita sama taraf dengan GB, tetapi rasa hormat kepadanya lebih tinggi melalui perwatakan yang ceria dan sentiasa ketawa dan lawak jenaka yang membuatkan kita selesa bersamanya...
Buat Hj. Hadzali, terima kasih atas tunjuk ajar serta nasihat.. akan saya kenang sebagai GB yang dihormati oleh saya dan semoga menempuh alam persaraan dengan penuh bermakna. Sikap dan tanggungjawab anda akan sentisa saya contohi sebagai panduan menempuh perjuangan sebagai seorang pendidik.....

No comments: